Saturday, May 28, 2016

SLE Mampu Sembuh?

Assalamualaikum w.b.t semua...

Hari Ummi nak cerita tentang penyakit SLE, setelah pulang dari Shaklee National Conference  2016 di mana seorang pesakit SLE dan kegagalan buah pinggang yang agak kronik pulih sepenuhnya dengan Vivix dan supplemen lain dari Shaklee, malah berjaya membina masa depan dengan Shaklee....




AdenganSLE?
Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. 
"Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).
Terdapat beberapa jenis lupus:
  • Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.

  • Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.

  • Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.
Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil“drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini. Namun begitu, pesakit SLE yang Ummi cerita ini, telah berada di tahap 4 dan buah pinggangnya telah terjejas teruk.


Beliau juga telah berkongsi pengalaman bersama ibunya yang sentiasa berada bersamanya ketika sakit, dengan bebanan hutang untuk rawatan beliau, kepayahan mereka sekeluarga menempuhi keadaan di mana si pesakit hampir-hampir menunjukkan tanda-tanda akhir hidupnya.
Ummi dapat mencerita sedikit sahaja tentang beliau, tanpa ada testimoni yang sebenar kerana beliau berbangsa Cina.
Nanti Ummi update satu testimoni yang juga pesakit SLE yang juga mampu sembuh dengan Vivix ye.
LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY

No comments:

Post a Comment