Friday, August 19, 2016

Waspada Ancaman Wanita

Assalamualaikum w.b.t semua...

Apa khabar? Hari ini Cik Dee nak bercerita tentang suatu masalah kesihatan wanita yer... Kenal tak ribbon ini?


Semua orang tahu kalau ribbon ini tanda pada cancer awareness kan.... Cuba teka warna peach ini untuk jenis kanser apa?



Haa... jom Cik Dee cerita sedikit.... Warna peach ini tanda untuk kanser rahim sebenarnya... so Cik Dee nak bercerita tentang kanser rahim hari ini....

Sebelum tu Cik Dee nak tunjuk kat mana letaknya rahim sebab mungkin ramai yang keliru dengan ovari dan serviks tu kan....

Lihat dari gambar tu, tahulah di mana sebenarnya rahim tu kan? Jadinya, kanser rahim ini adalah kanser yang terjadi di dinding uterus pada sistem kesuburan wanita.


Ia secara amnya dikenali sebagai uterine cancer atau endometrial cancer. Kisah kanser atau barah ini adalah sama sahaja, iaitu ketidaknormalan pertumbuhan tisu yang menyebabkan ketumbuhan dan kerosakan sel. Jadi bolehlah view entri-entri Cik Dee yang berkaitan kanser...



Kita teruskan kepada mengenali tanda atau gejala kanser rahim ini. Mungkin jika google banyak akan keluar tanda atau simptomnya lebih kurang dengan kanser ovari atau kanser serviks kerana kawasannya adalah sama. Tetapi Cik Dee nak simpulkan dari suatu kisah benar yang Cik Dee terjumpa semasa buat research.
  • Sakit teruk di bahagian perut sehingga menyebabkan pitam
  • Haid berlarutan lebih dari 15 hari.
  • Senggugut kronik
  • Kerap mengalami pendarahan on/off tanpa mengira masa.
  • Pendarahan disertai sakit yang lebih teruk daripada senggugut.
  • Kencing tidak lawas.
  • Sukar dan rasa sakit untuk membuang air kecil.
  • Perut buncit dan tegang.

Selain itu, dari sumber umum:

  1. Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
  2. Rasa sakit semasa hubungan seksual
  3. Perdarahan pada faraj antara haid atau selepas hubungan seksual
  4. Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid
  5. Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
  6. Sebarang perdarahan pada faraj selepas putus haid.
  7. Kehilangan berat badan
  8. keletihan dan kelesuan berterusan
Jadi nasihat CIk Dee jika ada tanda-tanda berikut, segeralah berjumpa dengan pakar ye... Usah biarkan...

Dan juga Cik Dee nak nasihatkan untuk amalkan Vivix ini ye... Ini buktinya :


p/s: Nanti Cik Dee sambung lagi ye...anak Cik Dee tak berapa sihat ini...

LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY

No comments:

Post a Comment