Thursday, August 4, 2016

Lelaki, Usah Abaikan Ini!

Assalamualaiku w.b.t semua....

Apa khabar hari ini? Cik Dee harap semua sihat-sihat belaka naa...

Hari ini Cik Dee nak share info sedikit untuk kaum Adam di luar sana. Kaum Hawa nak #ambiltahu pun boleh juga.... Manalah tahu berguna di kemudian hari....



Pernah dengar tak Kanser Prostat ? Cik Dee tak berapa tahu sangat sebenarnya ni... hehe cuma dari google, Cik Dee nak share lah sedikit tentang penyakit ini. 

Sebelum itu, kenal dulu prostat tu apa ye....


Prostat ialah kelenjar bersaiz "walnut" macam gambar atas ni. Ia terletak di belakang dasar penis, di depan rektum, di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra (saluran yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar)

Fungsi utamanya pula ialah menghasilkan cecair air mani yang akan melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani.

Jadinya, kanser prostat terjadi apabila terdapat ketumbuhan berbahaya di kelenjar prostat dan seterusnya merebak ke tempat berhampiran jika terlalu lewat di kesan. Pada peringkat awal kanser ini biasanya tidak menunjukkan gejala serius. Namun ia akan membesar secara perlahan-lahan.


Aliran air kencing yang tidak lancar.

Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
Darah dalam air kencing atau air mani.


No comments:

Post a Comment