Friday, August 12, 2016

Sakit Perut Usah Diambil Mudah.

Assalamualaikum w.b.t semua....

Apa khabar semua...dah makan? 😋 Makan apa hari ini....?

Hehe...kenapa tiba-tiba Cik Dee tanya pasal makan ni kan? Sebabnya Cik Dee nak cerita pasala kanser perut.

Ha?! Perut pun boleh kena kanser? 😱 Jangan tak percaya ye....huhuuu Cik Dee pun baru terjumpa juga info ini...

(Sat lagi Cik Dee update gambar na...huhu ada problem dengan storage🙇)

Kanser perut ini rupanya berlaku apabila terdapat ketumbuhan atau kerosakan sel pada dinding perut. Menurut sumber, kanser perut adalah kanser kedua tertinggi di dunia. Tetapi di Malaysia, kanser perut adalah kanser keenam yang kerap berlaku kepada lelaki, dan kesepuluh kepada wanita.

Kanser perut banyak terjadi di Jepun kerana tabiat pemakanan mereka yang gemar memakan makanan yang dijeruk dan disalai. Haa... jadinya, sesiapa yang suka makan sebegini berjaga-jagalah ye...

Kanser perut mungkin sukar dikesan. Selalunya tidak terdapat tanda pada tahap awal dan, dalam kebanyakan kes, barah tersebut telah merebak sebelum ia disedari. Apabila gejala berlaku, ia begitu samar-samar sehinggakan pesakit tidak mempedulikannya.

Antara gejala yang mungkin menjadi sebab untuk menunjukkan pesakit menghidap kanser perut adalah:

  • Ketidakhadaman atau perasaan terbakar (pedih ulu hati (heartburn))
  • Tidak selesa atau sakit di bahagian perut
  • Mual dan muntah
  • Cirit-birit (Diarrhea) atau sembelit
  • Kembung perut selepas makan
  • Hilang selera makan
  • Lemah dan letih
  • Pendarahan (muntah atau berak berdarah).


Sebarang simptom ini mungkin disebabkan oleh barah atau masalah kesihatan yang kurang serius lain, seperti virus perut atau ulser. Hanya doktor mampu menentukan punca sebenar. Mereka yang mempunyai gejala sebegini perlu berjumpa doktor. Mereka mungkin dirujuk kepada gastroenterologist, doktor yang pakar dalam mendiagnosis dan merawat masalah penghadaman. Pakar dalam bidang ini kadang kala dikenali sebagai pakar gastrointestinal (atau GI)

Jadi

No comments:

Post a Comment