Monday, October 24, 2016

Kenali 10 Makanan Otak

Assalamualaikum w.b.t semua..

Apa khabar uolss....

Hari ini Cik Dee nak cerita pasal cara nak jadi makin bijak... Tak kira lah untuk budak ke, untuk mak budak ke, bapa budak ke... Inshaa Allah semua boleh... 😁😁😁

Cik Dee nak cerita tentang 10 jenis makanan yang dikenali sebagai "Brain Food". Makanan yang baik untuk kesihatan otak. Yang pastinya bukan otak-otak lah yer...hihihi

Ni Cik Dee baca dari National Geographic ni tau... 😇

1. Salmon

Minyak ikan salmon adalah sumber terbaik omega-3 (DHA dan EPA) yang berperanan penting terhadap pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. Penelitian baru-baru ini juga menunjukkan bahawa orang yang mengambil lemak omega-3 lebih banyak, didapati berfikiran lebih tajam, mempunyai memori yang lebih kuat, malah mendapat keputusan amat baik dalam ujian IQ. Menurut pakar juga, tuna juga mengandung lemak omega-3, namun kandungannya tidak sebanyak ikan salmon.

2. Telur

Telur memang dikenali sebagai sumber penting protein yang mudah didapati.  Walaupun mengandung kolesterol, bahagian kuning telur kaya dengan kolin, iaitu zat yang boleh membantu perkembangan daya ingat atau memori.

3. Kacang tanah

Kacang tanah diketahui kaya akan vitamin E, antioksidan yang berperan dalam melindungi membran-membran sel saraf. Bersama tiamin, vitamin E akan membantu sel saraf dan otak untuk penggunaan glukosa sebagai keperluann energi.

4. Gandum

Otak memerlukan persediaan atau bekalan glukosa dari tubuh yang stabil atau konsisten. Gandum mempunyai peranan penting yang dapat memenuhi keperluan itu. Serat yang terkandung di dalamnya boleh membantu mengatur pelepasan glukosa dalam tubuh. Makanan ini juga memiliki kandungan vitamin B yang berguna dalam memelihara kesihatan sistem saraf.

5. Oat

Oat atau oatmeal adalah sejenis sereal yang popular di kalangan anak-anak. Oatmeal merupakan sumber nutrisi penting bagi otak. Oat mampu menyediakan tenaga untuk otak yang sangat diperlukan anak-anak. Selain itu, serat pada oat juga memiliki peranan  untuk menjaga otak anak agar cukup tenaga untuk befungsi sepanjang pagi. Adapun kandungan lainnya seperti zinc, potasium, vitamin B, dan vitamin E yang ada pada oat dapat membuat fungsi tubuh dan otak berfungsi pada keadaan prima.

6. Buah Berry

Buah berry seperti strawberi, blackberry, raspberry, blueberry, dan lain sebagainya banyak mengandung nutrisi penting yang baik bagi kesihatan. Antioksidan yang tinggi pada buah berry, terutama vitamin C, memiliki peranan untuk mencegah kanser. Beberapa penelitian menunjukkan bahawa ekstrak strawberi dan blueberry boleh membantu meningkatkan fungsi daya ingatan. Biji dari buah berry diketahui juga mengandung lemak omega-3.

7. Kekacang

Kekacang merupakan makanan yang istimewa kerana mengandungi sejumlah tenaga yang berasal dari karbohidrat kompleks dan protein. Selain itu, kacang juga merupakan sumber serat, mineral, dan vitamin. Kacang dikatakan baik untuk otak karena makanan ini dapat memberikan tenaga lebih lama dan membantu kemampuan anak-anak berfikir. Berdasarkan hasil penelitian, kacang pinto dan kacang merah mengandung lemak omega-3 lebih banyak dibandingkan dengan kekacang lain.

8. Sayuran Berwarna

Bayam, labu, ubi jalar, dan tomato merupakan sayuran-sayuran kaya nutrisi dan antioksidan yang akan membuat sel-sel otak jadi lebih kuat dan sihat.

9. Daging Lembu tanpa Lemak

Daging lembu tanpa lemak merupakan sumber makanan yang kaya akan zat besi. Zat besi adalah mineral utama yang dapat membantu anak-anak lebih fokus dan tetap bertenaga ketika di sekolah. Daging lembu juga memiliki kandungan mineral lain seperti zinc yang dapat membantu menjaga daya ingat.

10. Susu dan Yoghurt

Makanan-makanan dari produk tenusu mengandungi vitamin B dan protein yang tinggi. Kedua jenis nutrisi penting ini dapat membantu pertumbuhan jaringan otak, enzim, dan neurotransmitter. Susu dan yogurt juga boleh membantu perut kenyang kerana kandungan karbohidrat dan proteinnya sekaligus menjadi sumber tenaga untuk otak.


Haaa...berdasarkan penerangan di atas ni, perasan tak yang keperluan utama otak kita ini adalah omega-3 yang mengadungi EPA dan DHA kan...

Jadi, Cik Dee suka nak cadangkan kat uollss untuk ambil Omegaguard ni...

Kenapa?

Sebab Omegaguard Shaklee ini dari minyak ikan terbaik dan paling tulen di dunia tau....

Jap lagi Cik Dee sambung lagi yer...Nak bagi anak makan Omegaguard ni...hihi

1 comment: