Wednesday, July 27, 2016

Eiiii...Gusi Berdarah!

Assalamualaikum w.b.t semua..

Apa khabar semua? Dah agak lama juga Cik Dee tak menulis. 

Bukan apa, tak berkesempatan akibat dari kesibukan kerja hakiki Cik Dee. 

Ok lah, hari ini Cik Dee nak cerita tentang ini 



Aduuuhhh...tengok gambar ni je, dah terasa ngilu kan? 
Apatah lagi kalau mengalaminya...

Jom Cik Dee kongsikan sikit info tentang gusi bengkak dan berdarah ini.

Penyakit periodontal atau lebih dikenali sebagai penyakit gusi sering dialami pada semua peringkat umur. Kebiasaannya ramai yang tidak mengetahui masalah penyakit itu sebelum mendapatkan rawatan. Ini menyebabkan ramai yang kehilangan gigi walaupun mereka masih muda. 

Sisa makanan yang lembut akan berkumpul dan melekat di celahan permukaan gigi. Sisa makanan atau plak yang terbiar tanpa dibersihkan akan menjadi keras dan dipanggil kalkulus.  Air liur yang mengandungi kalsium akan menyebabkan plak menjadi keras.

Bakteria pada plak menghasilkan toksin yang merengsakan tisu gusi yang menyebabkan gusi menjadi kemerahan, keradangan dan berdarah. Jika tidak dikawal, penyakit gusi boleh merebak ke gentian sokongan dan tulang yang menyokong gigi dan akhirnya menyebabkan gigi menjadi longgar.

Umumnya, terdapat dua jenis penyakit gusi:

Gingivitis: keradangan HANYA pada gusi.
Periodontitis: keradangan pada gusi dan juga struktur periodontium yang lain.

GINGIVITIS

Penyakit gusi peringkat awal (gingivitis) terjadi akibat pengumpulan plak di kawasan gigi dan gusi. Plak terdiri daripada berjuta-juta bakteria yang menyebabkan radang pada gusi.

Gejala Awal Gingivitis


  • Gusi nampak merah menyala.
  • Gusi terasa bengkak dan sakit.
  • Gusi mudah berdarah.
  • Rasa tidak sedap seperti masin, pahit atau payau di dalam mulut.
  • Mulut berbau.

PERIODONTITIS

Gingivitis yang tidak dirawat selalunya akan perlahan-lahan berubah kepada periodontitis. Periodontitis boleh melibatkan ligamen periodontal dan juga tulang alveolar, iaitu struktur yang menyokong gigi anda. 

Dalam periodontitis peringkat kronik, ligamen periodontal dan tulang alveolar boleh musnah dengan banyak, lalu gigi akan kehilangan struktur yang menyokongnya. Apa akan jadi jika tiang penyokong rumah runtuh? Rumah pun akan turut sama runtuh.

Gejala-gelaja periodontitis:


  • Mulut berbau.
  • Penyusutan gusi berlaku, jadi gigi tampak lebih panjang.
  • Gigi terasa sensitif terhadap minuman sejuk.
  • Gigi terasa longgar.
  • Gigi bergerak, lalu susunan gigi agak senget berbanding sebelumnya.
  • Gusi bengkak dan bernanah.
  • Sakit berdenyut-denyut pada gusi.

Terdapat juga beberapa faktor sistemik yang dikaitkan dengan penyakit periodontitis yang kronik. Faktor sistemik selalunya hanya penyebab kepada penyakit gusi yang sedia ada bertambah buruk, bukan punca utama penyakit gusi bermula. 

Punca utama penyakit gusi mula-mula terjadi masih disebabkan oleh penimbunan plak serta bakteria akibat tabiat penjagaan kebersihan mulut yang tidak teratur.

Faktor sistemik yang dimaksudkan:


  1. Merokok
  2. Kencing manis.
  3. Darah tinggi.
  4. Mengandung
  5. Diet tinggi kandungan gula.
  6. Tekanan perasaan.
  7. Sistem pertahanan badan yang lemah.
Kebanyakan gejala-gejala periodontitis seperti penyusutan gusi dan kelonggaran gigi adalah bersifat kekal dan secara umumnya tidak boleh dikembalikan ke tahap normal sebelum jangkitan bermula. 

Secara umumnya, rawatan untuk penyakit gusi adalah scaling dan curettage. Doktor juga mungkin akan membekalkan dengan ubat untuk dikumur atau ditelan, bergantung kepada tahap penyakit gusi.Namun begitu, rawatan paling baik adalah memperbetulkan cara penjagaan gigi supaya plak tidak bertimbun pada gigi dan menyebabkan radang gusi bermula.



Haa panjang lebar dah Cik De cerita tentang penyakit gusi ni naaakkk....hihihhi..

Mai Cik Dee share solusinya pula ye... tak lain tak bukan dengan makan vitamin la.. 😁

Untuk masalah gusi bengkak ni, Cik Dee suka nak cadangkan set ini :






1 comment:

  1. Saya salah seorang penghidap gusi berdarah ni. mudah sungguh keluar darah dekat area gigi. ish!

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete