Friday, July 15, 2016

Bila Cacar Air Menyerang

Assaalamualaikum w.b.t

Hai uollss semua...

Masih beraya ke uollss? Hari ini kan.... Ummi nak cerita sedikit pasal chicken pox ataupun CACAR AIR bahasa melayu nya..


Alala... kesiannya baby secomel ini kena chicken pox dah... Jom kita kenal sedikit tentang penyakit ini.


Cacar air adalah penyakit kalsik zaman kanak-kanak yang disebabkan oleh virus varicella atau varicella zoster virus. Ia amat mudah berjangkit dan kebanyakan kanak-kanak akan mengalaminya bila-bila masa dalam tempoh tumbesaran mereka.



Haa... janga terkejut ada gambar orang dewasa juga dengan virus penyebab cacar air ini. Ini maksudnya, bukan kanak-kanak sahaja berpotensi terkena jangkitan. Malah di kalangan dewasa juga boleh terkena jangkitan cacar air ini ye... terutamanya mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang agak lemah.



Beginilah rupanya jika terkena chicken pox ini.... Biasanya pesakit yang terkena jangkitan chicken pox ini, akan mengalami demam dan sakit perut di awal tempoh jangkitan. kemudian, bintik-bintik merah akan timbul di seluruh badan dan mempunyai cecair di dalamnya.

Tanda-tanda dijangkiti cacar air :


  • Mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam cacar air akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.
  • Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. 
  • Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut. 
  • Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair 2 hari sebelum bintik-bintik merah timbul. 
Yang paling seksanya bila yang berair ini pecah laa... aduhai bisanya...

No comments:

Post a Comment