Monday, November 21, 2016

Kenali Kanser yang Menyerang Wanita

Assalamualaikum w.b.t uolllsss


Maaflah agak lama Cik Dee tak update kan... Cik Dee tak berapa nak sihat 😷  huhuhu semoga ia menjadi asbab penghapus dosa Cik Dee.

Bercakap tentang sakit ini kan... Penyakit yang paling ditakuti pada zaman sekarang ini ialah kanser bukan? Jadi, kali ini Cik Dee nak share lah sikit tentang kanser yang majoriti penghidapnya adalah wanita.

Antara yang Cik Dee dapat kumpulkan maklumat, kanser utama yang menyerang wanita ialah kanser payudara. Kemudian diikuti dengan kanser yang menyerang bahagian reproduksi wanita iaitu kanser serviks, kanser rahim, dan juga kanser ovari.

Ada 1 lagi kansrr yang berkaitan dengan sistem reproduksi wanita iaitu kanser anggur (molar) atau kariokarsinoma. Fuuhh terbelit lidah menyebutnya kan...tapi, sahabat wanita sekalian, tolong ambil tahu yer...

Istilah "korio”  diambil dari vili korionik (”chorionic villi”) iaitu salah satu komponen uri manusia. "Karsinoma" pula merujuk kepada kanser yang berasal dal sel-sel epitelial. Disebabkan kanser ini mempunyai atau berasal dari salah satu komponen uri atau plasenta maka salah satu ciri khusus kanser ini adalah ia boleh menghasilkan hormon HCG (”Human Chorionic Gonadotrophin”) yang sangat tinggi malah lebih tinggi daripada wanita-wanita yang hamil. HCG ni lah yang menandakan wanita hamil, kalau uollss nak tahu...

Penyakit koriokarsinoma ini boleh berlaku kepada sesiapa yang pernah hamil termasuk kepada wanita-wanita yang pernah mengalami kehamilan molar. Tidak seperti kehamilan molar, koriokarsinoma boleh berlaku di mana-mana organ badan seperti hati, limpa, paru-paru, tulang belakang dan otak. Malah, koriokarsinoma  boleh juga terjadi di dinding rahim. 

Selain yang Cik Dee dah sebut, ada dua lagi jenis kanser yang menyerang wanita iaitu kanser paru-paru dan kanser usus dan rektum yang sebenarnya menyerang lelaki juga. Wanita juga terdedah dengan kanser kulit dan luekimia.

Jadi, dah tahu jenis-jenis kanser yang serang wanita ini, Cik Dee nak share lah sikit cara pencegahan untuk kita kaum wanita ini dari berisiko menghidapi kanser ini.


  • Kenali dan fahami tubuh badan kita
  • Tumpuan dan perhatian pada sebarang perubahan pada badan anda
  • Tidak merokok atau berhenti merokok
  • Kurangkan atau hentikan pengambilan minuman beralkohol.
  • Kurangkan pengambilan makanan dengan lemak tepu atau lemak trans
  • Bersenamlah sekurang-kurangnya 30 minit sehari
  • Sekiranya berkulit cerah atau kurang pigmen kulit, hadkan pendedahan pada cahaya matahari
  • Hentikan tatacara serta gaya hidup seksual secara bebas
  • Lakukan ujian tertentu yang patut dilakukan pada umur serta julat tahun tertentu
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
  • Banyakkan makanan berserat tinggi, antioksidan tinggi, dan makanan yang kurang diproses.
Untuk cara yang akhir tu, Cik Dee cadangkan mulakan ambil Vivix ni... 😉👍 Ye laa kita usaha mencegah sebelum terjadi... Vivix ni nanti bukan sahaja bantu cegah kanser, tapi boleh buat uollss terasa lebih muda, lebih sihat, lebih cantik, dan lebih yakin. Bila sihat, dah tentu oullsss gembira dan bahagia kan..?😘 

Macam ni... LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY 😎

p/s : sorry sangat entry Cik Dee kali ini tak ada gambar. Tak dapat nak upload 😂😂😂 Line dah ok Cik Dee update naaa... 


No comments:

Post a Comment