Wednesday, November 16, 2016

Gejala Utama Kanser Darah

Assalamualaikum w.b.t uolllsss

Apa khabar hari ini? Kali ini kan, Cik Dee nak share lah sedikit pasal kanser darah. Mesti uollss tak familiar dengan nama kanser darah ini kan...

Jom tengok apakah dia kanser darah ini.

Kanser darah adalah kanser yang puncanya berasal dari sum-sum tulang. Sum-sum tulang merupakan organ penghasilan darah yang terdapat di dalam kesemua tulang dalam tubuh badan manusia.

Terdapat tiga jenis kanser darah:

1. Leukemia, kanser merencatkan pembentukan darah 

Kanser yang berlaku dalam darah dan sum sum tulang akibat penghasilan sel darah putih abnormal yang tidak terkawal. Bilang sel darah putih abnormal yang banyak ini meyebabkan badan gagal melawan penyakit dan menganggu proses penghasilan sel darah merah dan platlet

2. Limfoma, kanser yang memberi kesan kepada sistem limfa. 

Kanser yang menganggu fungsi sistem limfa. Sistem limfa berfungsi membuang cecair berlebihan dan menghasilkan sel imun untuk badan. Sel kanser ini berkumpul dan membahagi dalam nod limfa sekaligus menganggu sistem pertahanan bada

3.  Myeloma, kanser yang merosakkan plasma darah

Sel plasma adalah sel darah putih yang melawan penyakit dan menghasilkan antibodi. Kanser ini memnyebabkan sistem imun badan lemah dan mudah diserang penyakit.




Lemah dan sakit badan

Sakit dan lemah badan dan sering keletihan adalah antara isyarat bahawa fungsi dalam badan kita bermasalah. Sakit badan dan sering keletihan juga disebabkan oleh keadaan perubatan yang lain. Tetapi jika sering keletihan yang berlarutan dalam tempoh masa yangblama, perlulah segera berjumpa doktor. Sekurang-kurangnya ujian darah boleh dijalankan. Perkara seperti ini boleh menjadi cara pengesanan awal kanser. Jangan memandang rendah tanda-tanda awal kanser darah ini.


Pengurangan berat

Tanda-tanda awal kanser darah termasuk kehilangan berat badan yang cepat dan selera makan menurun. Penurunan berat badan secara tiba-tiba juga boleh berlaku kerana penyakit tiroid atau penyakit lain juga, namun jika mengalami penurunan berat badan dengan secara tiba-tiba, cuba secepat mungkin untuk berunding dengan doktor kerana penurunan berat badan boleh menjadi tanda-tanda awal kanser darah.


Ujian darah yang tidak normal

Jika keputusan ujian darah menunjukkan tanda penambahan sel-sel darah putih atau sel-sel darah merah yang tidak normal, perlulah segera berunding dengan pakar onkologi. Ujian darah keputusan yang tidak normal adalah satu isyarat awal kanser darah yang perlu ditangani secara serius. 


Pembengkakan nodus limfa

Tanda-tanda awal kanser darah boleh termasuk nodus limfa bengkak, diikuti dengan demam, keletihan, loya dan hilang selera makan. Apabila tanda-tanda awal ini dikesan, segeralah berjumpa doktor. Pembesaran nodus limfa tidak boleh dikesan dengan mudah, tetapi beberapa gejala yang disebutkan di atas dan diikuti oleh pembesaran nodus limfa perlu diberi perhatian serius.


Mudah terdedah kepada jangkitan

Tanda-tanda awal kanser darah dan juga mudah terdedah kepada jangkitan. Penurunan imuniti badan adalah disebabkan oleh kemerosotan sel-sel putih dan darah lain menjadikan tubuh badan mudah terdedah kepada pelbagai jenis jangkitan. Jika terasa  mentalami gejala-gejala ini, segera hubungi doktor dan melakukan ujian darah untuk mengesan 
keabnormalan awal.


Ok lah, kita dah tahu serba sedikit berkenaan kanser darah ini dan gejala-gejala awal yang mungkin tanda menghidap kanser darah ini, jadi segeralah bertindak ye...

Dalam kes sebegini, satu je ikhtiar yang Cik Dee akan cadangkan iaitu Vivix. Vivix mengandungi bahan yang mampu merencatkan sel kanser, dan melindungi sel sihat yang lain kemudian membina sel-sel baru.

Inilah dia cara Vivix bertindak. 👍 Untuk kanser darah ini Cik Dee belum jumpa testimoninya, namun Vivix sudah terbukti banyak membantu memberi harapan kepada pesakit kanser, seperti ini :



Cik Dee tak mintalah kena penyakit-penyakit seperti ini, tetapi Cik Dee pun makan Vivix sekarang sebagai langkah pencegahan sebab dengan dunia serba segera sekarang, risiko mendapat kanser adalah lebih besar. 😖

LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY


No comments:

Post a Comment