Monday, May 9, 2016

Kesan Suntikan Epidural Hilang

Assalamualaikum w.b.t semua... 😊

Perlukan Epidural? Baca sehingga ke akhir....




Semoga hari ini adalah hari yang lebih baik dari semalam... Hari ini Ummi nak berceloteh sedikit sahaja. ( Eh, ye ke sedikit sahaja ?😏) Hehehe...


Ahaaa.... Tahu apa itu epidural? Sekejap lagi Ummi sambung cerita naaa...😉


.
.
.
.

Sekarang Ummi nak cerita sedikit tentang apakah EPIDURAL ini?

Epidural adalah bius tempatan dapat melegakan kesakitan di bahagian badan tertentu sahaja. Epidural menghalang saraf impuls dari segmen tulang belakang yang lebih rendah, ia akan menurunkan kesakitan pada bahagian separuh bawah badan.



Bagaimana Epidural disuntik?

Cecair intravena (IV) akan disalurkan kepada ibu hamil sebelum kelahiran peringkat aktif bermula dan sebelum prosedur suntikan epidural. Kemudian si ibu akan diminta mengiring atau duduk membelakangi doktor atau pakar bius. Kedudukan ini adalah sangat penting bagi mengelakkan masalah dan meningkatkan keberkesanan epidural.

Antiseptik akan digunakan untuk membersihkan kawasan pinggang belakang bahagian bawah untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Si ibu akan disuntik dengan anestetik setempat di bahagian tadi supaya ia dapat dibius. Jarum akan dimasukkan ke dalam kawasan bius di sekeliling saraf tunjang di bahagian bawah belakang si ibu.

Selepas itu, satu tiub yang kecil atau kateter akan disalur dalam melalui jarum ke dalam ruang epidural. Jarum kemudian dikeluarkan dengan perlahan, meninggalkan kateter di tempat untuk memberi ubat sama ada melalui suntikan berkala atau suntikan berterusan. Kateter akan dilekatkan ke belakang untuk mengelakkan daripada terjatuh.






Kesan suntikan Epidural : 

Biasanya kesan-kesan sampingan ini mudah diatasi dan tidak berbahaya seperti terketar-ketar, mengantuk, sakit belakang, sakit kepala, loya (dapat dikurangkan dengan ubat penahan muntah) dan tekanan darah menurun (boleh dielakkan dengan pemberian cecair melalui infusi sebelum prosedur dimulakan dan diteruskan ketika penggunaan epidural).

  • Epidural boleh menyebabkan tekanan darah ibu jatuh tiba-tiba. Oleh itu, tekanan darah akan diperiksa secara rutin untuk membantu dan memastikan aliran darah yang mencukupi untuk bayi. Jika terdapat penurunan tekanan darah secara tiba-tiba, ibu mungkin perlu dirawat dengan cecair IV, ubat-ubatan, dan oksigen.
  • Si ibu mungkin akan mengalami sakit kepala yang teruk yang disebabkan oleh kebocoran cecair tulang belakang. Kurang dari 1% wanita mengalami kesan sampingan ini. Jika gejala berterusan, prosedur yang dipanggil "blood patch", merupakan proses suntikan darahdarah ke dalam ruang epidural untuk melegakan sakit kepala.
  • Ibu mungkin mengalami kesan sampingan seperti berikut: menggigil, sakit belakang, kesakitan di mana jarum dimasukkan, loya, atau kesukaran membuang air kecil.
  • Ibu mungkin mendapati bahawa epidural anda membuat anda lebih sukar untuk meneran dan kaedah bantuan seperti Pitocin, forcep , vakum atau cesarean mungkin diperlukan.
  • Untuk beberapa jam selepas proses kelahiran, separuh bahagian bawah badan  mungkin berasa kebas. Kebas akan memerlukan si ibu berjalan dengan bantuan. Dalam keadaan yang jarang berlaku, kerosakan saraf yang kekal boleh terjadi akibat kawasan di mana kateter dimasukkan. 
Kajian terbaru yang dijalankan oleh hospital-hospital luar negara menunjukkan risiko mendapat sakit belakang selepas epidural sama seperti risiko bagi wanita yang bersalin tanpa epidural. Oleh itu, masalah sakit belakang ini berpunca ketika mengandung lagi, dan tidak berkait dengan kesan berpanjangan dari teknik epidural. Walaupun sakit belakang dirasai selepas epidural, ia adalah sementara saja dan akan pulih seperti biasa.

Ummi nak kongsikan testimoni Vivix® yang panas lagi bak pisang goreng ... Ini dia :




' Eh... Vivix memang bagus tu...sebab apa bagus...sebab kesan sakit EPIDURAL saya dah HILANG.. Tak rasa ngap ngap (mencengkam) sakit dah, selesa bangun malam menyusu baby.. Memang perasan lepas 2 MINGGU minum Vivix.. Just pagi pagi sesudu kecil je..memang tak sangka.. Amat Berbaloi...' - Pn. Bainun Samsudin


Apa pun, apa yang pastinya, Vivix® sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu-ibu yang baru bersalin kan? 😉

LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY

No comments:

Post a Comment