Thursday, May 5, 2016

Cik European Elderberry ...

Assalamualaikum w.b.t semua...

Ummi harap semua sihat dan berada dalam lindungan Allah s.w.t.
Hari ini hari memperingati Isra' Mikraj kan...? Haaa...tentu semua dah tahu cerita tentang Isra' Mikraj ni kan... Semoga sama-sama kita bermuhasabah diri ye..😆

Hari Ummi nak cerita 1 lagi bahan yang terdapat dalam Vivix ni iaitu Elderberry European.

Waahhh... Lihat dari gambar pun macam sangat sedap untuk dimakan, ye tak? 😁 Hari ini Ummi nak cerita agak ringkas ye, sebab Ummi agak sibuk sepanjang hari ini dengan tuntutan tugas hakiki.

Elderberry adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan lembap di serata Eropah dan amerika Utara. Oleh itu, Elderberry yang ada diklasifikasikan kepada dua iaitu Elderberry Eropah dan Elderberry Amerika. Secara amnya, Elderberry dikatakan mempunyai kandungan antosiannin yang tinggi iaitu 3 kali ganda lebih hebat daripada karotenoid. Maka oleh sebab itu, Shaklee telah memilih Elderberry sebagai salah satu bahan di dalam supplemen premiumnya ini.


Di Eropah, elderberry ini telah lama digunakan sebagai perubatan herba. Tumbuhan ini dikenali sebagai dada perubatan penduduk negara (the medicine chest of country people). Mengetahui jolokan yang diberi sahaj sudah pasti dapat menggambarkan betapa hebatnya khasiat Elderberry ini dalam terma perubatan dan kesihatan.

Ummi ringkaskan manfaat Elderberry ni ya..



Antara yang dapat Ummi simpulkan di sini Elderberry mampu meningkatkan imunisasi badan secara semulajadi, melindungi daripada flu, sangat diperlukan oleh penghidap kanser sebagai agen semulajadi yang bertindak membaiki sel-sel rosak akibat radikal bebas,meningkatkan prestasi sistem penghadaman, anti-radang, agen anti-penuaan di mana ia membantu memendekkan masa pemulihan sel-sel rosak dan banyak lagi....

Sebelum Ummi berhenti, ini dia kandungan vitamin dan mineral yang ada di dalam elderberry ini  :

 Baiklah, sehingga di sini dahulu Ummi bercerita, sebenarnya belum habis ni 😂. Inshaa Allah Ummi akan update lagi entry ini ye...

Jumpa lagi :)

LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY



No comments:

Post a Comment