Assalamualaikum w.b.t...
Hari ini Ummi pakai serba ungu tau... ^_^ Eh, apa kaitannya???
Hehehehe... Hari ini Ummi nak cerita pasal lobak ungu pula... Semalam cerita anggur GERGASI kan? Kali ini warna ungu juga, tetapi ianya LOBAK!
Haaaa... anda pernah jumpa lobak ungu selain lobak merah yang selalu kita lihat di pasar / pasaraya?
Tapi tahukah anda yang sebenarnya lobak asalnya bewarna UNGU, bukan MERAH?
Sebelum abad ke-17, lobak bewarna ungu adalah normal, sehinggalah pada lewat abad ke-16 petani Belanda mengambil strain di bahagian tengah lobak ungu dan dimutasikan sehinggalah wujudnya lobak merah dan lobak putih yang biasa kita lihat sekarang.
Sesetengah berpendapat bahawa lobak merah menjadi popular di Netherlands adalah disebabkan sebagai lambang penghormatan kepada 'Orange House' dan perjuangan kemerdekaan Belanda ketika itu. Ia boleh jadi itu sebabnya, tetapi ia mungkin juga kerana lobak merah yang orang Belanda bangunkan mempunyai rasa lebih manis dan lebih berisi daripada rakan-rakan ungu mereka, sekaligus ia dapat menyediakan lebih banyak dengan rasa yang lebih enak.
Oh, begitu rupanya asal usul lobak merah tu ye... Ummi pun sebenarnya baru tahu... ;)
Apa pula kelebihannya sehingga ia dijadikan sebagai salah satu kandungan premium di dalam VIVIX oleh Shaklee?
1. Anti-Oksidan
Pigmen ungu yang terdapat pada lobak ini datangnya dari sebatian anti-oksida yang disebut ANTOSIANNI (anthocyanin) yang mamp melawan radikal bebas dalam badan yang mana mampu merosakkan sel-sel dan menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, kolestrol tinggi dan penyakit jantung. Dengan menambahkan antosiannin dalam diet boleh membantu menurunkan kolesterol LDL yang disebut 'kolesterol jahat' dan juga dapat melindungi sistem saraf, terutamanya otak yang seumpama motherboard untuk sistem tubuh badan kita yang mudah terdedah kepada kerosakan oksidatif.
2. Diabetes
Antosiannin dari lobak ungu juga mampu memberi kesan kepada komplikasi diabetes (kencing manis). Mempunai diabetes akan menyebabkan kerosakan kepada saluran darah yang mana sebenarnya terbentuk dari kolagen. Anti-oksidan bermanfaat untu meneutralkan enzim yang merosakkan kolagen dan tisu penghubung. Kerosakan berlebihan boleh menyebabkan tahap gula darah lebih tinggi dan mengakibatkan salur darah lebih teruk. Antosiannin bertindak membantu membaiki dan memulihkan struktur kolagen dan menjadikan saluran darah kuat serta menambaaik peredaran darah.
3. Rendah lemak dang tinggi serat
Lobak ungu secara semulajadinya mempunyai kalori yang sangat rendah sehingga anda boleh menjadikan ia snek tanpa rasa bersalah. Menurut Persatuan Dietetik Amerika, hidangan 1 cawan lobak ungu mentah hanya memberi minima 25 kalori dan 5 gram karbohidrat, manakala hidangan 1 cawan hirisan lobak ungu kukus hanya mengandungi 50 kalori dan 10 gram karbohidrat, sangat sesuai kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Malah, lobak ungu juga mempunyai kandungan serat yang tinggi. Serat berfungsi mepercepat penghadaman dan membantu tubuh badan menyerap nutrien-nutrien penting. Di dalam diet yang sihat, seorang lelaki memerlukan 38 gram serat setiap hari manakala wanita memerlukan 25 gram, dan lobak ungu menyediakan 0.8 gram serat bagi setiap 1 auns hidangan lobak mentah.
Jadi, kesimpulannya lobak ungu diperlukan sebagai sumber antosiannin iaitu anti-oksida dalam Vivix dan pemulih kesan diabetes daripada menjadi lebih teruk serta mampu membantu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dalam badan dan golongan yang menghadapi masalah lebih berat badan. Maka, tidak hairanah Vivix dikenali sebagai agen DETOKS terbaik.
Sehingga bejumpa Ummi lagi nanti ye... ^_^ Inshaa Allah...
LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY
Begitu rupanya kisah lobak mwrah ni...tapi lobak ungu memang terbaik...pastikan anda sudah rasai lobak ungu dalam vivix.
ReplyDelete