Tuesday, May 3, 2016

Muscadine, Si Anggur Gergasi!

Assalamualaikum w.b.t...


Hari ini Ummi nak berceloteh tentang isi kandungan Vivix yang semalam Ummi war-war kan tu.. :)



Emm... rasanya Ummi nak cerita pasal 'Anggur Gergasi' dulu... Haa kenapa Ummi panggil anggur ni anggur gergasi?! Haa..ni mai nak cerita...



Muscadine Grape atau anggur Muskat ini mempunyai saiz yang lebih besar dari kebanyakkan anggur yang ada di dunia ini. Cuba tengok ini :



Betul tak Ummi kata anggur Muskat ni adalah GERGASI di kalangan anggur lain. Bila ia besar, bermakna khasiatnya jauh lebih banyak dari anggur biasa. 

Anda semua nak tahu? 
Istimewanya anggur Muscadine ini, ia mempunyai kulit yang sangat tebal yang mampu menghalang serangga perosak mahupun racun perosak mencemari kandungan dan khasiatnya. 

Malah, ia dikatakan mampu melindungi diri sendiri dari bakteria dan fungus. Haa.. bayangkan ye, betapa semulajadinya anggur ni kan?

Oleh kerana anggur Muscadine terkenal dengan ciri yang sangat berpigmen dan ketebalan kulitnya yang dikatakan mengandungi polifenol yang sangat tinggi, maka penyelidikan yang menerangkan fitokimia ini adaah sangat penting.

Apa POLIFENOL ini dan kepentingannya?

Polifenol adalah kumpulan bahan kimia yang ditemui pada tumbuhan . Zat ini mempunyai tanda khas yakni mempunyai banyak kumpulan fenol dalam molekulnya. 

Di dalam beberapa kajian disebutkan bahawa kumpulan polifenol mempunyai peranan sebagai ANTIOKSIDAN yang baik untuk kesihatan. Antioksidan polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan pembuluh darah rosak dan kanser Terdapat kajian yang menyimpulkan polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer. Polifenol boleh diadapati pada:
  • kekacang
  • teh hijau
  • teh putih
  • anggur merah
  • wain putih
  • minyak zaitun
  • coklat hitam
  • delima
Kadar polifenol yang lebih tinggi dapat ditemukan pada KULIT BUAH seperti pada anggur, epal dan limau.




RESVERATROL adalah polifenol yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan sebagai antikulat semula jadi. Wain merah biasanya mengandungi antara 0.2 dan 5.8 mg/L bergantung kepada pelbagai faktor manakala wain putih mempunyai kandungan resveratrol kurang dari wain merah. 

KENAPA? Ini kerana wain merah yang ditapai dengan kulit anggur, sebaliknya wain putih ditapai selepas kulit telah dikeluarkan. Tapi, umat Islam tidak boleh minum wine ini kan... Vivix kan ada....

Satu laporan awal telah menunjukkan bahawa anggur Muscadine mengandungi jumlah resveratrol yang paling tinggi berdasarkan ciri kulitnya yang lebih tebal daripada anggur-anggur lain.



Selain resveratrol, anggur Muskat juga kaya dengan polifenol lain iaitu :
  • antosianin seperti delphinidin dan petunidin
  • tanin
  • quercetin
  • flavan-3-ols (catechins, terutamnya dalam biji)
  • asid Gallic
  • asid ellagic (terutamanya dalam kulit)
  • glikosida asid ellagic
  • ellagitannins
  • myricetin (terutamnya dalam daun)
  • kaempferol

Waahhh... banyaknya... Pihak Shaklee telah menjalankan kajian mendalam untuk Vivix ini khas untuk membantu memperbaiki mutu kesihatan manusia di era generasi Y ini. 

Malah, di dalam al-Quran juga disebutkan bahawa buah anggur adalah salah satu makanan yang istimewa dan semestinya pasti membawa kebaikan untuk kesihatan kita. 

Panjang dah Ummi menulis ni... Sehingga jumpa lagi esok.

LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY

No comments:

Post a Comment