Terima kasih kerana masih sudi mengikuti ellebeautyhouse.blogspot.com ye....
Hari ini Ummi nak kongsi lagi satu kejayaan pengguna yang ikhtiarkan kesembuhan dengan Vivix. Sebelum mari Ummi cerita sedikit tentang KOMA ini...
Apa itu KOMA?
Koma merupakan sebuah istilah umum. Mengikut klasifikasi perubatan, istilah pengsan, keadaan jaga tetapi tidak memberikan tindakbalas (keadaan vegitatif) dan keadaan tidak sedarkan diri yang panjang selain tidur adalah termasuk di dalam kategori koma.
Pemeriksaan neurologi seringkali membahagikan koma kepada empat peringkat iaitu peringkat jaga, keadaan tidak bertenaga, keadaan stupor (tidak boleh berfikir atau mendengar) dan koma. Koma adalah keadaan di mana kepekaan dan tindakbalas yang sangat kurang, tahap paling teruk antara keadaan-keadaan tidak sedar yang lain seperti tidur, pengsan, lali, di mana pesakit tidak memberi tindakbalas kepada rangsangan luar yang diberikan.
Menurut Dr Zamzuri Idris, Pakar Bedah Otak dari Jabatan Neurosains, Universiti Sains Malaysia menyatakan koma adalah suatu keadaan di mana pesakit tidak memberi tindakbalas kepada persekitaran dan tiada komunikasi dengan dunia luar. Pesakit kelihatan seperti tidur, tetapi sebenarnya mereka telah melepasi keadaan tidak sedarkan diri yang lebih jauh daripada tidur.
“Untuk menguji tahap koma ini, doktor akan memberi sedikit ransangan untuk melihat tindakbalasnya. Jika tiada sebarang respon, doktor akan memberi sedikit kesakitan kepada pesakit. Ada pesakit yang jaga setelah dipanggil. Ada pesakit yang jaga sekejap, kemudian kembali koma. Ada pesakit yang bertindakbalas setelah diberi sedikit kesakitan, malah peringkat koma yang paling teruk adalah pesakit langsung tidak bertindakbalas walaupun setelah diberi ransangan sakit. Pakar-pakar perubatan mengklasifikasi koma megikut Skala Koma Glasgow berdasarkan pergerakan mata, tangan dan bunyi suara. Setiap pergerakan ini dicatat dan dijumlahkan bagi mengkategorikan pesakit samada koma ringan, sederhana atau teruk."
Kerosakan di bahagian otak punca pesakit koma.
Punca - Punca KOMA
Koma adalah kesan kepada pelbagai sebab, termasuklah kecederaan kepala, strok, penyakit metabolik seperti diabetes, masalah hati dan buah pinggang, sawan, tumor otak dan jangkitan kuman ke dalam otak mahupun ke selaput luar otak.
Kemalangan jalan raya juga mampu menjadi punca utama koma. Akibat kecederaan otak, bahagian yang mengawal fungsi jaga tidak dapat menjalankan tugasnya.
- Kategori utama koma adalah mereka yang datang dengan trauma di kepala dan spina yang mengakibatkan otak lebam dan bengkak. Trauma sebegini selalunya disertai dengan kecederaan tisu otak yang teruk dan keretakan tempurung kepala.
- Kategori kedua pula adalah akibat kerosakan pada pangkal otak di mana pesakit sukar bernafas dan anak matanya mengecil disamping terdapat beberapa tanda-tanda klinikal yang lain.
Bagi pesakit strok, mereka mempunyai salur darah yang tersumbat menyebabkan oksigen dan gula tidak dapat dihantar ke otak. Keputusan bekalan ini menyebabkan otak menjadi ’kebuluran’ dan lama-kelamaan akan mengakibatkan koma.
Selain itu, paras gula yang terlalu tinggi seperti pada pesakit diabetes juga boleh mengakibatkan koma. Buah pinggang yang tidak dapat menapis turut menyumbang terjadinya koma. Buah pinggang yang gagal menuras darah dalam badan akan menghantar darah ke seluruh organ bersama-sama dengan toksik yang akhirnya berkumpul menjadi racun.
Bagi kanak-kanak dan orang tua, jangkitan bakteria pada selaput otak iaitu penyakit Meningitis, boleh dirawat dengan memberi mereka antibiotik. Manakala Enkephalitis, iaitu jangkitan virus ke dalam otak bagi orang dewasa boleh dirawat dengan menggunakan antivirus. Namun jika kedua-duanya tidak dirawat, pesakit boleh mendapat koma.
Punca koma yang berbeza menghasilkan peringkat koma yang berbeza. Justeru, rawatan yang berbeza harus diberikan kepada pesakit.
Dah tahu serba sedikit tentang koma bukan? Mari Ummi kongsi ini :
Perlukan Vivix? Hubungi Ummi @ Cik Dee ye... :)
LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY
No comments:
Post a Comment