Dah siap bersahur ke semua? 😆 Salam subuh juga yer...
Kali ini Ummi nak cerita tentang KUDIS BUTA pula. Wah, minggu ini Ummi asyik cerita tentang penyakit kulit jer kan... 😏
Yelah, penyakit kulit ini kadangkala nampak ringan tetapi jika dibiarkan ia akan menjejaskan kualiti hidup seseorang tau... Lebih-lebih lagi hendak tiba hari perayaan ni kan... 😉
Bagaimana KUDIS BUTA ini terjadi?
Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabies
Ada yang menyebutnya sebagai kutu, ada pula yang mengatakan ia sejenis hama. Apapun, mahluk kecil inilah punca kepada kejadian kudis buta ini. 😏
Tanda dan Gejala Kudis Buta
- Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas. (Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.)
- Terdapat tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
- Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
- Terdapat bintik-bintik merah yang bernanah di bahagian badan yang dijangkiti.
- Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu).
- Tempat yang sering dijangkiti : di celah-celah jari, tapak tangan, bahagian dalam pergelangan tangan dan kawasan lain termasuklah siku, bahagian kemaluan, punggung, kaki dan buku lali.
Berbeza dengan kayap dan panau yang tidak mudah berjangkit, kudis buta mudah merebak kepada orang lain melalui sentuhan kulit ke kulit dan menyentuh cadar atau pakaian pesakit. Oleh itu, untuk merawat pesakit kudis buta, seluruh ahli keluarga juga perlu dirawat.
Kudis buta bukanlah tanda kurangnya penjagaan kebersihan kerana sesiapa pun berisiko dihinggapi kutu Scabies ini. Namun begitu, ia cenderung berlaku di tempat sesak seperti asrama atau taska/rumah asuhan.
Bagaimana merawat kudis buta?
Caranya lebih kurang sahaja dengan penyakit kulit lain cuma, kita perlu tambahkan untuk pembersihan cadar dan pakaian agar kudis buta tidak menyerang semula. Untuk ini, Ummi cadangkan untuk guna Basic-H², iaitu pencuci pelbagai guna daripada Shaklee yang psatinya dari sumber organik dan bebas kimia.
Untuk luka kudis buta yang bernanah pula, Ummi cadangkan untuk gunakan serbuk dari tablet Zinc Complex ini disapukan kepada luka tersebut selain dimakan juga sebagai rawatan dari dalam badan.
Setelah luka kering, barulah Herbal Blend digunakan sebagai rawatan terhadap kesan kudis buta tersebut. Herbal Blend juga sangat berkesan untuk kegatalan kulit. Ummi memang suka guna Herbal Blend ni jika terkena gigitan nyamuk atau serangga tau. Untuk jerawat pun boleh.
Selain itu, kebiasaannya masalah kulit sering dikaitkan dengan kekuatan antibodi atau sistem imunisasi badan kit. Jadi, untuk mencegah ia berulang kembali, Ummi cadangkan set imunisasi Shaklee yang terdiri daripada;
Nutriferon untuk dewasa dan kanak-kanak
Garlic Complex untuk dewasa sahaja
Chewable Vit-C Plus untuk kanak-kanak dan dewasa
Sustained Release Vit-C Plus untuk dewasa
Dan untuk memudarkan parut pula, boleh cuba dengan MealShake untuk kanak-kanak, Vita- E Complex dan Energy Soy Protein (ESP).
Pilihan di tangan anda 😉 . Ummi berbesar hati membantu untuk konsultasi mengikut bajet dan keperluan... Inshaa Allah
LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY
No comments:
Post a Comment