Wednesday, June 15, 2016

Jangan Biar Panau Merebak

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua? Di harapnya semua menjalani ibadah puasa dengan tenang dan ceria selalu. Diam tak diam dah hampir setengah bulan berpuasa kita ni kan?

Ahaaa... Nak hampir raya nanti kan tentu ada yang risau ada panau di bahagian-bahagian yang terlihat tu kan? Eh, Ummi sebut-sebut tentang PANAU ni, korang tahu tak apa itu panau?


PANAU

Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan(cuma akan berasa gatal apabila berpeluh) tetapi ia amat menjejaskan penampilan individu yang terkena penyakit ini. 


Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia, yang biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan hanya akan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.


Punca dan Risiko 

  • Panau boleh melibatkan semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, ia lebih kerap berlaku di kalangan remaja dan belia.
  • Individu yang kekurangan zat makanan atau pesakit yang mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressant kerap mendapat panau.
  • Begitu juga dengan pesakit hyperhidrosis atau peluh yang berlebihan.
  • Penyakit panau terjadi daripada persekitaran yang tidak seimbang kadar kelembapan dan penerimaan cahaya matahari. Terdapat juga tabiat yang tidak sihat punca kepada panau antaranya ialah; 
    1. Memakai pakaian yang masih belum kering.
    2. Memakai pakaian basah dalam keadaan yang tidak berangin dan tidak terkena cahaya matahari dan berterusan lembab dalam tempoh yang lama.
    3. Memakai pakaian yang baru dijemur di dan masih panas.
    4. Berada dalam bilik yang lembab, malap dan tidak dimasuki cahaya matahari
  • Faktor dalaman yang menjadi punca panau : Ketahanan badan yang rendah mungkin penyebab panau di wajah dan seluruh badan kerap terjadi berulangkali. Imunisasi badan yang rendah menyebabkan kulit anda mudah dijangkti bakteria.

Panau terjadi apabila kulit lembab @ basah terdedah dengan cuaca panas. Jika muka berpeluh-peluh dan terdedah dengan cuaca panas, Ummi nasihatkan usahlah terus membasuh muka atau membasahkan muka. Inilah salah satu sebab panau itu muncul di bahagian muka. Selain itu, elakkan memakai pakai lembab yang tidak sempat kering sepenuhnya dari jemuran ya...

Petua dan Rawatan 

Pelbagai petua orang tua untuk mengubati panau, namun keberkesanannya mungkin tidak sama mengikut keserasian kulit dengan rawatan tersebut... Antara petua yang Ummi pernah dengar ialah :

  • Bawang Putih
  • Lengkuas
  • Lendir Lidah Buaya
  • Halia
Namun, setahu Ummi, jika diaplikasikan bahan-bahantersebut pada kulit, pesakit mungkin akan berasa pedih dan panas (selain lidah buaya) dan juga ia perlu dilakukan sekerapnya.

Sesiapa yang ada panau, atau ibu yang anak-anaknya terkena penyakit ini, Ummi ada cara nak rawat dengan selamat, tanpa memedihkan dan juga tanpa risiko panau berulang lagi.

1. Herbal Blend 
- Krim serbaguna yang telah diuji secara klinikal. Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi iaitu Sage Leaf, Horse Chestnut Seed, Yarrow dan Rosemary Leaf




2. Garlic Complex 


3. GLA Complex

4. Alfalfa 

5. Vitamin C


LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY

P/S : sekjap lagi Ummi share fungsi setiap yang di atas ni ye ;)




No comments:

Post a Comment