Apa khabar semua...? Maaflah Ummi macam dah lama tak muncul kan...
Hari ini Ummi nak cerita tentang kayap.. Haaa pernah dengar tak tentang kayap ini? Kayap ini nampak seperti penyakit kulit biasa, tetapi sebenarnya jika dibiarkan tanpa dirawat sehingga sembuh, ia mampu menyebabkan kerosakan saraf terutamanya di bahagian sensitif seperti mata.
Jom Ummi cerita sedikit ye...
Apakah itu KAYAP?
KAYAP merupakan penyakit virus yang disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV). Ia dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ia dikategori sebagai penyakit kulit dan saraf.
Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mendapat ruam kulit yang memedihkan dengan lepuh pada satu-satu kawasan badan dan ia seolah-olah berbentuk jalur. Jangkitan awal VZV ini boleh menyebabkan cacar air yang biasanya dialami oleh golongan kanak-kanak dan orang muda. Setelah penyakit cacar air sembuh, virus itu masih lagi berada dalam badan tetapi dalam keadaan tidak aktif. Jika tahap daya tahan selular seseorang itu menurun, maka VZV boleh aktif kembali dan merebak ke saraf periferi hingga ke kulit yang akhirnya membawa kepada penyakit kayap.
Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:
- Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan
- Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul dan lazimnya dialami oleh 80% pesakit kayap.
Antara kompiklasi kronik penyakit kayap ini adalah komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang)
- Bahagian muka: Jika melibatkan bahagian muka ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka.
- Kadangkala, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak, jantung, paru-paru and usus.
- Komplikasi kronik lazimnya adalah kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang. Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit.
Daripada penerangan ringkas Ummi tentang kayap diatas, maka cara terbaik merawatnya adalah meningkatkan sistem imun badan pesakit kayap ini.
Jom, Ummi cerita apa yang Ummi boleh bantu ye...
Nutriferon adalah IMUNE BOOSTER terbaik daripada Shaklee selepas Vivix... Anda ada masalah kayap? Atau ada ahli keluarga yang terkena kayap? Jom hubungi Ummi untuk Ummi bantu sedaya mungkin.
Antara produk cadangan untuk kayap adalah:
- Nutriferon
- Lecithin
- B-Complex
- Vivix
- Garlic
Ummi akan update fungsi produk dan kaitan dengan kayap ini ye... Ummi nak ambil anak sekolah dulu... hihihi
LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY
LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY
No comments:
Post a Comment