Thursday, June 30, 2016

Sakit Lutut, Jangan Main-Main!

Assalamuakaikum w.b.t...

Apa khabar semua... Tentu masing-masing sibuk dengan persiapan Hari Raya kan...


Tak kurang juga yang sibuk beribadah untuk merebut Lailatul Qadar bila-bila masa, inshaa Allah.... kan? 😍


Hari ini Ummi nak kongsi sikit tentang SAKIT LUTUT. Biasa kita dengar sakit lutut ni kan, orang yang dah mencecah tahap warga emas je kan... tapi sekarang, orang muda pun ramai dah sakit-sakit lutut ni tahu? Huhuhuu...





Sakit lutut adalah masalah kesakitan yang melibatkan struktur tulang mungkin berpunca daripada sendi (femur, tibia, fibula), tempurung lutut (patela) atau ligamen dan tulang rawan lutut (meniskus). Sakit lutut juga dikenali sebagai Osteoarthritis (OA) yang juga dikenali sebagai arthritis terutama di bahagian lutut.

Sakit lutut dan sendi ini merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu. Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus dan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang.



Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan. 

Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Ini kerana, lutut adalah sendi utama yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

Sakit lutut boleh terkena kepada semua peringkat umur bergantung kepada keadaan atau aktiviti setiap individu. 


Faktor atau punca sakit lutut

  • Usia. Risiko sakit lutut akan bertambah seiring bertambahnya usia.
  • Berat badan yang berlebihan atau obesiti. Hal ini akan memberi tekanan lebih pada lutut sehingga meningkatkan risiko sakit lutut.
  • Penglibatan dengan sukan tertentu, misalnya bola keranjang.
  • Pernah mengalami kecederaan lutut.
  • Jantina. Wanita lebih berisiko mengalami sakit lutut.
Rawatan sakit lutut

Jika anda mengalami Osteoartritis (OA) doktor akan nasihatkan anda untuk mencuba beberapa rawatan sebelum jalan terakhir diambil iaitu terpaksa dirawati melalui suntikkan seperti Euflexxa (1% sodium hyaluronate), Synvisc (Hylan G-F20) dan sebagainya. 


Tujuan suntikkan adalah untuk mengurangkan kesakitan dan membantu pergerakkan pesakit lebih lancar. Berikut adalah rawatan awal yang dilakukan untuk mengubati sakit lutut osteoartritis :-

  • Fisioterapi dan senaman
  • Mengekalkan berat badan yang ideal
  • Rawatan menggunakan haba atau suhu sejuk
  • Ubat NSAID iaitu ubat anti radang dan penahan sakit seperti Ponstan, Voltaren, Cerebrex dll
  • Suplemen yang membantu membina tulang rawan seperti Chondroitin dan Glucosamine.

Apa yang membimbangkan adalah rawatan menggunakan ubat penahan sakit seperti Ponstan yang mungkin akan memberi kesan jangka panjang. 

Jom Ummi bagi penyelesaian untuk elakkan kesan buruk jangka masa panjang tu ye...



SET SAKIT LUTUT SHAKLEE

  • Ostematrix
  • OmegaGuard







No comments:

Post a Comment