Apa khabar? Hari ini Cik Dee nak bagi tips atau cara bagi ibu-ibu yang menyusukan yang runsing dan khuatir tidak dapat menyusukan anak dengan ekslusif selama 2 tahun.
- Pastikan bayi dapat menyusu dengan baik. Ini adalah proses "mengeluarkan lebih susu" untuk meningkatkan penghasilan susu. Jika susu tidak disingkirkan dari payudara, maka bekalan susu ibu berkurang.
- Kedudukan dan lekapan tidak betul juga membuatkan bayi tidak akan dapat menyusu dengan baik, payudara sukar dikosongkan untuk merangsang penghasilan susu lebih banyak.
- Kerapkan penyusuan, selama mana bayi aktif menyusu. Sentiasa ingat bahawa ibu perlu mengeluarkan susu daripada payudara dengan kerap supaya susu yang lain akan dihasilkan secara berterusan.
- Jika bayi mengalami masalah berat badan, matlamatkan untuk menyusukan bayi setiap 1.5 - 2 jam pada siang hari dan sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada waktu malam.
- Ambil cuti penyusuan. Bawa bayi tidur bersama selama 2-3 hari dan tidak melakukan apa-apa kecuali menyusukan dan berehat sahaja.
- Susukan bayi dengan kedua-dua belah payudara bukan pada sebelah payudara sahaja setiap kali penyusuan. Biarkan bayi selesai menyusu sebelah payudara sebelum menawarkan sebelah payudara lagi.
- Elakkan puting dan botol seboleh mungkin. Pastikan keperluan bayi untuk mendapatkan susu hanyalah daripada payudara ibu sahaja.
- Beri bayi hanya susu ibu. Elakkan air, makanan pejal atau susu formula jika usia bayi kurang daripada 6 bulan dan kurangkan makanan pejal jika bayi berusia lebih daripada 6 bulan.
- Ibu wajib menjaga diri dengan baik. Rehat yang cukup. Tidur ketika bayi tidur.
- Minum air jika dahaga dan makan makanan yang seimbang.
- Pertimbangkan untuk mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Penambahan sesi mengepam selepas atau di antara sesi penyusuan adalah sangat membantu untuk penghasilan susu lebih banyak.
- Tujuan utama mengepam adalah untuk memgeluarkan atau membuang lebih banyak susu dariayudara untuk meningkatkan kekerapan pengosongan payudara.P
- Pertimbangkan penggalak atau dikenali sebagai galactagogue.
Haa ni mai Cik Dee nak cadangkan set menyusu Shaklee yang sangat popular sekarang ini...😘
- ESP sebagai Energy Booster agar ibu kekal bertenaga, memudarkan stretch mark, memekatkan susu ibu dan memberi rasa kenyang yang lama kepada ibu sekaligus mengurangkan nafsu makan.
- Alfalfa yang merupakan herba turun menurun untuk Milk Booster dan juga penting untuk memelihara “dalaman” ibu, kalau nak mengembalikan hubungan suami isteri selepas bersalin, memang sangat digalakkan untuk mengambil Alfalfa.
- Vitalea merupakan Multivitamin dan Multimineral yang membekalkan nutrisi kepada ibu dan juga bayi.
- Vitamin C untuk meningkatkan sistem imun ibu dan bayi, ia juga penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Vitamin C memang sangat membantu ketika bayi selesema. Dengan hanya menelan double dosage Vitamin C, selesema bayi saya boleh sembuh tanpa ubat.
- B-Complex memberi ketenangan kepada ibu, elakkan stress dan kemurungan. Stress dan kemurungan juga mempengaruhi penghasilan susu ibu. Semakin stress, semakin merundumlah susu ibu.
- Ostematrix adalah sebagai sumber kalsium kepada ibu kerana ibu yang menyusukan lebih banyak kehilangan kalsium. Jadi ibu menyusukan lebih memerlukan banyak pengambilan kalsium seharian.
Saya pun suka set menyusu shaklee
ReplyDelete