Monday, October 10, 2016

Asma dan minyak ikan tulen.

Assalamualaikum w.bt uollsss...

Apa khabar hari ini...? Diam tak diam dah masuk bulan ke sepuluh kita kan? Sudah menghampiri penghujung tahun....

Hari ini Cik Dee nak bercerita tentang.....




Uollss kena alat ini untuk apa? Haaaa dah tentu penghidap asma tahu untuk apa alat ini kan?

Ya, hari ini Cik Dee nak cerita tentang ASMA ataupun LELAH...

APA ITU ASMA@LELAH

Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.



Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.






Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.

Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.

Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Pada teorinya sememangnya mungkin nampak normal, namun mampukah uolllsss nak tengok anak kecil uolllsss menderita kerana asma? Tentu tidak mahu bukan?

Anak seumur 3 tahun sudah berulang alik ke hospital untuk mendapatkan sedutan gas atau nebulizer... Kita yang dewasa ini pun belum tentu mampu bertahan...

Cik Dee nak share cara mudah dan selamat untuk anak uolllsss bebas dari asma ini...

Ini dia :




*Sekejap lagi line Cik Dee ok, Cik Dee tepek testimoni yerr..😂


1 comment: