Apa khabar semua? Agak lama dah Cik Dee tak menulis kan... bukan apa, kekangan kerja hakiki dan juga problem line Internet Cik Dee di rumah tidak mengizinkan...
Hari ini Cik Dee nak cerita tentang kolik bayi. Haaa?! Apa itu kolik?
(Aduhai...maaf naa problem line, bila publish dpt setengah je...penat mak taip banyak-banyak 💁...hihihii.. dah tambah isi, gambar pula hilang...huhuhu...)
Kolik bayi ini suatu keadaan di mana bayi menangis dengan lebih kerap dari biasa akibat ketidakselesaan pada perutnya. Pada umumnya mungkin tidak kelihatan begitu serius, tetapi jika tidak diatasi, keadaan ini mungkin menyebabkan bayi menjadi lebih buruk.
Antara tanda bayi kolik ini ialah bayi kerap menangis pada waktu petang atau malam dan sukar untuk ditenangkan dalam beberapa jam. Biasanya bayi yang mengalami kolik ini akan menangis lebih dari 3 jam dalam sehari, lebih dari 3 hari seminggu dan berlarutan sehingga 3 minggu.
Bayi yang terkena kolik ini, ketika menangis, dia dilihat menggengam tangannya, menarik lutut ke perut, muka kemerahan dan badan dilentikkan.
Hal sedemikian adalah biasa. Namun jika bayi menunjukkan tanda berikut, segeralah bawa berjumpa dengan doktor :
- Apabila didukung, badan bayi terkulai.
- Menangis dengan suara yang nyaring
- Memuntahkan cairan bewarna hijau
- Air kencing yang sangat sedikit jauh berbeza dari biasa.
- Demam dengan suhu 38 darjah atau lebih jika bayi berusia kurang dari 3 bulan dan melebihi 39 darjah untuk yang berusia lebih 3 bulan.
- Najis berdarah.
- Menyusu lebih sedikit.
- Sawan
- Sesak nafas
- Kulit kelihatan pucat dan membiru
- Ubun-ubun kelihatan ketara
- Terdapat ruam berwarna ungu kemarahan. (Tanda ini biasanya gejala penyakit meningitis)
memperdengarkan dengan bunyian (sebaiknya bacaan ayat suci Al-Quran) atau vibrasi berterusan yang menghalang stimulasi lain, seperti membawa dia berjalan dalam kereta atau meletakkannya berhampiran peralatan rumah yang berbunyi.
membiarkan dia menghisap puting atau jarinya
mengurutnya dengan perlahan
Ibu tidak digalakkan mengambil makanan pedas atau bijiran serat tinggi, kekacang, brokoli dan kubis dan kafein. Sesetengah bayi akan lebih sihat jika ibu mereka tidak mengambil sebarang produk susu dalam diet mereka. (Jika ibu mahu berbuat demikian, berbincanglah dengan doktor untuk memastikan diet anda masih mencukupi).
Jika bayi minum susu formula, berbincang dengan doktor anda sebelum menukarkan jenis susu yang anda gunakan. Susukan bayi apabila dia lapar kerana sesetengah bayi akan menangis dan meragam kerana kelaparan jika ibu bapa mengikuti waktu makan yang berjadual.
Antara cara merawat bayi yang menunjukkan tanda-tanda kokik ini adalah dengan melakukan urutan seperti berikut :
Untuk masalah kolik bayi ini, Cik Dee tak dapat lah suggest supplement untuk bayi tu kan.. cuma untuk newborn baby yang masih menyusu susu ibu, ibu digalakkan untuk mengelakkan makan makanan yang boleh menyumbang kepada angin ke dalam badan bayi. Si ibu boleh amalkan makan Garlic Complex dan Peppermint Ginger ye.
Selain itu untuk bayi, bolehlah sapukan perut dan tapak kaki mereka dengan Herbal Blend. Walaupun ia bukanlah minyak angin atau minyak panas, tetapi ia mampu merawat keradangan dan sangat lembut untuk bayi. Malah ia sudah pastinya BEBAS PARABEN.
Sehingga
LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY
No comments:
Post a Comment