Friday, August 26, 2016

Vivix & Kanser

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini Cik Dee nak kumpulkan semua kisah gembira kanser survivor dengan Vivix Shaklee ini .....




Tapi Cik Dee share mana yang ada dulu ye....disebabkan line Cik Dee ni agak mencemburui..πŸ˜‚


Thursday, August 25, 2016

Pembunuh #1 Wanita

Assalamualaikum w.b.t semua...

Apa khabar hari ini? Agak-agak uolllsss apa dia ye Cik Dee nak cerita hari ini? Kenal reben ini...

Yaaaa ini adalah reben untuk Breast Cancer Awareness. 

Kanser Payudara sememang biasanya dikaitkan dengan wanita, tetapi jangan tidak tahu ye, lelaki pun berisiko diserang kanser payudara juga tau 😱

Betul tak?! Cik Dee pun baru tahu..πŸ˜•  Tapi bukan ini yang Cik Dee nak cerita lebih lanjut... Dah tentu Cik Dee nak cerita pasal kanser payudara wanita sebab Cik Dee adasejarah ahli keluarga yang menghidap kanser payudara ini. Tapi nantilah Cik Dee story lebih lagi ye..😒

Jom kita kenali tanda-tanda awal kanser payudara ini ye....



  • Terdapat ketulan di sekitar payudara
  • Keluar cecair dari payudara di luar tempoh menyusukan
  • Warna kulit payudara menjadi kemerah-merahan
  • Terasa gatal pada puting susu
  • Saiz payudara menjadi besar atau kecil tanpa sebab
  • Terasa sakit di bahagian payudara dan tidak hilang
  • Puting masuk ke bahagian dalam
  • Terjadi kerutan di sekitar bahagian payudara

Jika terdapat salah satu atau lebih tanda seperti di atas segeralah jumpa doktor pakar ye.. Biarlah seremeh-remeh hal berkaitan payudara.

Wednesday, August 24, 2016

Najis Berdarah

Assalamualaikum w.b.t semua...

Agak lama Cik Dee menyepi lagi kali ini... Cik Dee dan anak-anak diserang demam berjemaah, namun syukur tiada apa yang serius.

Lihat tajuk hari ini agak menggelikan dan mengerikan jugakan πŸ˜‚?

Tapi ni pesan Cik Dee ye...

(Maaf ye gambar Cik Dee tak boleh nak upload pula sekarang πŸ˜₯)

Kenapa Cik Dee pesan ini? Ini sebabnya :

Tanda dan Gejala Kanser Usus

Najis berdarah - darah bercampur dengan najis, kadangkala najis bewarna hitam seperti kopi ( antara tanda-tanda awal kanser usus)
Perubahan tabiat membuang air besar - kadangkala mengalami cirit birit , diselangi dengan keadaan normal dan sembelit.
Cirit birit - tanda kanser usus sebelah kiri
Sakit perut lebih di bahagian kiri abdomen
Hilang selera makan dan penurunan berat badan yang mendadak dalam waktu yang singkat
Muka pucat, kurang darah (anemia), letih dan tidak bermaya
Tabiat ke tandas, tetapi tiada najis - ketumbuhan kanser telah memenuhi rektum, ia memberi mesej yang salah kepada badan seolah-olah najis telah memenuhi rektum.

KANSER USUS

Friday, August 19, 2016

Waspada Ancaman Wanita

Assalamualaikum w.b.t semua...

Apa khabar? Hari ini Cik Dee nak bercerita tentang suatu masalah kesihatan wanita yer... Kenal tak ribbon ini?


Semua orang tahu kalau ribbon ini tanda pada cancer awareness kan.... Cuba teka warna peach ini untuk jenis kanser apa?



Haa... jom Cik Dee cerita sedikit.... Warna peach ini tanda untuk kanser rahim sebenarnya... so Cik Dee nak bercerita tentang kanser rahim hari ini....

Sebelum tu Cik Dee nak tunjuk kat mana letaknya rahim sebab mungkin ramai yang keliru dengan ovari dan serviks tu kan....

Lihat dari gambar tu, tahulah di mana sebenarnya rahim tu kan? Jadinya, kanser rahim ini adalah kanser yang terjadi di dinding uterus pada sistem kesuburan wanita.


Ia secara amnya dikenali sebagai uterine cancer atau endometrial cancer. Kisah kanser atau barah ini adalah sama sahaja, iaitu ketidaknormalan pertumbuhan tisu yang menyebabkan ketumbuhan dan kerosakan sel. Jadi bolehlah view entri-entri Cik Dee yang berkaitan kanser...



Kita teruskan kepada mengenali tanda atau gejala kanser rahim ini. Mungkin jika google banyak akan keluar tanda atau simptomnya lebih kurang dengan kanser ovari atau kanser serviks kerana kawasannya adalah sama. Tetapi Cik Dee nak simpulkan dari suatu kisah benar yang Cik Dee terjumpa semasa buat research.
  • Sakit teruk di bahagian perut sehingga menyebabkan pitam
  • Haid berlarutan lebih dari 15 hari.
  • Senggugut kronik
  • Kerap mengalami pendarahan on/off tanpa mengira masa.
  • Pendarahan disertai sakit yang lebih teruk daripada senggugut.
  • Kencing tidak lawas.
  • Sukar dan rasa sakit untuk membuang air kecil.
  • Perut buncit dan tegang.

Selain itu, dari sumber umum:

  1. Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
  2. Rasa sakit semasa hubungan seksual
  3. Perdarahan pada faraj antara haid atau selepas hubungan seksual
  4. Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid
  5. Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
  6. Sebarang perdarahan pada faraj selepas putus haid.
  7. Kehilangan berat badan
  8. keletihan dan kelesuan berterusan
Jadi nasihat CIk Dee jika ada tanda-tanda berikut, segeralah berjumpa dengan pakar ye... Usah biarkan...

Dan juga Cik Dee nak nasihatkan untuk amalkan Vivix ini ye... Ini buktinya :


p/s: Nanti Cik Dee sambung lagi ye...anak Cik Dee tak berapa sihat ini...

LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY

Thursday, August 18, 2016

Bahaya Batuk Berpanjangan

Assalamualaikum w.b.t. semua...

Batuk...oh batuk.... uoolllsss nak tahu tak, batuk lama-lama ini ada kemungkinan tanda kanser tau... 

Haaa jangan dibuat main ye kalau ada batuk lama tak sembuh tu...



Nampak tak tu KANSER PARU-PARU? Betul ke.... Kalau nak tahu, jom teruskan baca entry Cik Dee kali ini ye...

Kanser paru-paru, juga dikenali sebagai karsinoma paru-paru atau karsinoma pulmonari, adalah tumor mengancam (malignant) pada paru-paru. Ia bercirikan pertumbuhan sel luar kawal pada tisu paru-paru. 

Sebanyak 90% -95% kanser paru-paru terjadi pada sel epitelium, iaitu sel yang melapisi saluran udara besar dan kecil. Kanser ini juga boleh terjadi di pleura atau dari tisu sokongan di antara paru-paru.Sekiranya dibiarkan tanpa dirawat, pertumbuhan ini mampu merebak di luar paru-paru melalui proses metastasis pada tisu berhampiran atau bahagian lain badan.

KANSER berlaku kerana ketidaknormalan unit asas di dalam tubuh, iaitu sel. Selalunya, tubuh mengekalkan sistem keseimbangan di dalam proses pembahagian sel untuk menghasilkan sel baru. Gangguan terhadap sistem ini akan menyebabkan pertumbuhan sel tidak terkawal dan akhirnya membentuk pepejal yang dikenali sebagai tumor.

TUMOR mempunyai dua jenis, iaitu “benign” dan “malignant”. Apabila membincangkan tentang kanser, ia merujuk kepada sifat yang “malignant” iaitu mengancam (nyawa). 

Tumor malignant ini  tumbuh secara agresif dan menyerang jaringan tubuh yang lain. Hal ini membolehkan kemasukan sel tumor ke dalam aliran darah atau sistem limfa dan kemudian ke bahagian lain di dalam tubuh. 

Tumor "benign" selalunya boleh dikeluarkan dan tidak merebak ke bahagian badan yang lain.


Punca dan Risiko

PuncaAmnya, empat punca utama kenapa seseorang mendapat barah paru-paru (atau barah lain secara umum):

  1. Karsinogen seperti yang terkandung dalam rokok
  2. Radiasi mengion (Ionizing radiation)
  3. Kecenderungan genetik
  4. Jangkitan virus

Risiko

PEROKOK TEGAR - Merokok atau pendedahan ke asap rokok. Risiko yang lebih tinggi jikalau menghisap rokok secara berlebihan.

Perokok lebih berisiko jika didedahkan ke bahan kimia industri tersebut dan pencemaran atmosfera.

Pendedahan ke bahan kimia industri : Asbestos adalah satu dari bahan kimia yang diketahui, gas radon, kadmium, nikel, bahan kimia industri, tar dan habuk karbon


Tanda dan Gejala Kanser Paru-Paru

  • Batuk berterusan atau batuk kronik.
  • Darah pada kahak / batuk darah 
  • Bronchitis yang berterusan atau jangkitan respiratori yang berulang
  • Sakit dada
  • Kehilangan berat badan mendadak dan kehilangan selera makan
  • Kesukaran bernafas seperti bernafas pendek atau berbunyi seperti bersiul
  • Jangkitan kuman saluran pernafasan dan paru-paru yang susah diubati.
1. Simptom pernafasan: batuk, batuk berdarah, nafas bersiul atau pendek nafas

2. Simptom sistemik: hilang berat badan, demam, kuku bentan ("Nail clubbing"), atau kelesuan.
3. Simptom akibat jisim barah menekan struktur berhampiran: sakit dada, sakit tulang, halangan superior vena cava, kesukaran menelan.

Rawatan

Rawatan untuk kanser biasanya adalah pembedahan dan kimoterapi. Rawatan kanser paru-paru adalah rumit, lebih rumit apabila ianya lambat dikesan. Kanser paru-paru adalah tumor mengancam yang paling bahaya di seluruh dunia, menyebabkan sehingga 3 juta kematian setahun.

Aha... dah baca panjang lebar tu... kesimpulannya di sini, untuk kurangkan risiko kanser paru- paru ini adalah hentikan tabiat merokok tu ye...


Apalagi abang-abang, kakak-kakak yang merokok, berhentilah mereokok yer... Macam mana?

Ni Cik Dee nak tolong.... cadangkan dengan Vivix laaa ni. Banyak faedahnya ambil Vivix ini.

Satu....boleh bantu BERHENTI MEROKOK. Kedua.... untuk yang dah disahkan kanser, inshaa Allah boleh bantu kesembuhan. Ketiga...bagi yang masih tidak tahu dirinya ada kanser atau tidak, ambil Vivix untuk cegah sebelum melarat lebih lagi...

p/s : Sat lagi Cik Dee update lagi sikit naaa.... ada hal sikit ni...hihi

LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY




Wednesday, August 17, 2016

Kanser Kelenjar

Assalamualaikum w.b.t. semua..

Apa khabar sahabat Cik Dee semua?

Hari ini Cik Dee nak bercerita sedikit tentang kanser kelenjar. Mungkin seperti jarang di dengar tetapi, di zaman serba maju ini, kita semua terpaksalah ambil tahu segala jenis kanser yang ada di dunia ini kan....

Dalam badan kita ini banyak kelenjar... yang Cik Dee ingat masa belajar dulu-dulu ada kelenjar pituitari, ada kelenjar yang dipanggil nodus limfa, kelenjar air liur, kelenjar tiroid.... Haaa tu je lah yang Cik Dee ingat sebab Cik Dee tak berapa terror sangat Biologi ini...hihihii



So, Cik Dee nak cerita tentang kanser kelenjar air liur pula ini... Tak sangka kan sekarang ini, di kelenjar pun boleh jadi kanser? Macam mana ia terjadi ye....

Jom tengok mana letaknya kelenjar air liur kita ini?





Tu dia kelenjar air liur kita ye.... Cik Dee pun baru tahu di situ tempatnya...

Kanser kelenjar air liur ini bermula di salah satu daripada kelenjar air liur yang ada. Sebenarnya ada beberapa kelenjar air liur yang berbeza ditemui di dalam dan berhampiran mulut anda.

Banyak jenis kanser dan benigna (bukan kanser) tumor boleh berkembang di dalam kelenjar ini. Jadi, jika ada sebarang kelainan pada bahagian berdekatan, segeralah berjumpa doktor ya...

Antara gejala dan tanda kanser kelenjar air liur ini adalah :


  • Benjol atau bengkak di kawasan berdekatan rahang atau di dalam mulut atau leher  
  • Sakit yang berterusan di kawasan kelenjar air liur 
  • Sukar menelan 
  • Sukar membuka mulut
  • Sebelah muka menjadi kebas 
  • Otot pada sebelah muka menjadi lemah
Rawatan untuk kanser ini amnya adalah sama sahaja iaitu, pembedahan dan kimoterapi.

Namun Cik Dee nak bagi cadangan, sekiranya terasa tanda-tanda awal, segeralah ikhtiarkan rawatan sebelum perlu dibedah atau kimoterapi ini kerana kesannya sangat menyakitkan.

Dalam kes kanser seperti ini, Cik Dee akan cadangkan Vivix sebagai supplemen yang wajib diambil. Kenapa? Vivix telah diformulasikan sebaiknya untuk membantu dalam pembentukan sel baru badan kita dan juga memusnahkan sel-sel yang rosak penyebab kanser itu sendiri. Boleh view balik entr-entry lepas Cik Dee ye...

P/S : Nanti Cik Dee update testimoni ya....


Friday, August 12, 2016

Sakit Perut Usah Diambil Mudah.

Assalamualaikum w.b.t semua....

Apa khabar semua...dah makan? πŸ˜‹ Makan apa hari ini....?

Hehe...kenapa tiba-tiba Cik Dee tanya pasal makan ni kan? Sebabnya Cik Dee nak cerita pasala kanser perut.

Ha?! Perut pun boleh kena kanser? 😱 Jangan tak percaya ye....huhuuu Cik Dee pun baru terjumpa juga info ini...

(Sat lagi Cik Dee update gambar na...huhu ada problem dengan storageπŸ™‡)

Kanser perut ini rupanya berlaku apabila terdapat ketumbuhan atau kerosakan sel pada dinding perut. Menurut sumber, kanser perut adalah kanser kedua tertinggi di dunia. Tetapi di Malaysia, kanser perut adalah kanser keenam yang kerap berlaku kepada lelaki, dan kesepuluh kepada wanita.

Kanser perut banyak terjadi di Jepun kerana tabiat pemakanan mereka yang gemar memakan makanan yang dijeruk dan disalai. Haa... jadinya, sesiapa yang suka makan sebegini berjaga-jagalah ye...

Kanser perut mungkin sukar dikesan. Selalunya tidak terdapat tanda pada tahap awal dan, dalam kebanyakan kes, barah tersebut telah merebak sebelum ia disedari. Apabila gejala berlaku, ia begitu samar-samar sehinggakan pesakit tidak mempedulikannya.

Antara gejala yang mungkin menjadi sebab untuk menunjukkan pesakit menghidap kanser perut adalah:

  • Ketidakhadaman atau perasaan terbakar (pedih ulu hati (heartburn))
  • Tidak selesa atau sakit di bahagian perut
  • Mual dan muntah
  • Cirit-birit (Diarrhea) atau sembelit
  • Kembung perut selepas makan
  • Hilang selera makan
  • Lemah dan letih
  • Pendarahan (muntah atau berak berdarah).


Sebarang simptom ini mungkin disebabkan oleh barah atau masalah kesihatan yang kurang serius lain, seperti virus perut atau ulser. Hanya doktor mampu menentukan punca sebenar. Mereka yang mempunyai gejala sebegini perlu berjumpa doktor. Mereka mungkin dirujuk kepada gastroenterologist, doktor yang pakar dalam mendiagnosis dan merawat masalah penghadaman. Pakar dalam bidang ini kadang kala dikenali sebagai pakar gastrointestinal (atau GI)

Jadi

Thursday, August 11, 2016

Angin Dalam Badan?

Assalamualaikum w.b.t semua...

Lihat tajuk hari ini apa yang uolllsss bayangkan ye? Hihihiiii.... Syyyhhh....πŸ˜†

Angin dalam badan, semua orang dah boleh agakkan datang dari mana kan?
Semalam kita cerita tentang bayi kolik, hari ini kita cerita lebih kurang juga kesnya ttapi melibatkan orang dewasa pula ye...

Punca angin dalam badan sebenarnya kehadiran angin berlebihan dalam badan.

Wednesday, August 10, 2016

Kolik

Assalamualaikum w.b.t semua...

Apa khabar semua? Agak lama dah Cik Dee tak menulis kan... bukan apa, kekangan kerja hakiki dan juga problem line Internet Cik Dee di rumah tidak mengizinkan...


Hari ini Cik Dee nak cerita tentang kolik bayi. Haaa?! Apa itu kolik?





(Aduhai...maaf naa problem line, bila publish dpt setengah je...penat mak taip banyak-banyak πŸ’...hihihii.. dah tambah isi, gambar pula hilang...huhuhu...)


Kolik bayi ini suatu keadaan di mana bayi menangis dengan lebih kerap dari biasa akibat ketidakselesaan pada perutnya. Pada umumnya mungkin tidak kelihatan begitu serius, tetapi jika tidak diatasi, keadaan ini mungkin menyebabkan bayi menjadi lebih buruk.



Antara tanda bayi kolik ini ialah bayi kerap menangis pada waktu petang atau malam dan sukar untuk ditenangkan dalam beberapa jam. Biasanya bayi yang mengalami kolik ini akan menangis lebih dari 3 jam dalam sehari, lebih dari 3 hari seminggu dan berlarutan sehingga 3 minggu. 

Bayi yang terkena kolik ini, ketika menangis, dia dilihat menggengam tangannya, menarik lutut ke perut, muka kemerahan dan badan dilentikkan.


Hal sedemikian adalah biasa. Namun jika bayi menunjukkan tanda berikut, segeralah bawa berjumpa dengan doktor :
  • Apabila didukung, badan bayi terkulai.
  • Menangis dengan suara yang nyaring
  • Memuntahkan cairan bewarna hijau
  • Air kencing yang sangat sedikit jauh berbeza dari biasa.
  • Demam dengan suhu 38 darjah atau lebih jika bayi berusia kurang dari 3 bulan dan melebihi 39 darjah untuk yang berusia lebih 3 bulan.
  • Najis berdarah.
  • Menyusu lebih sedikit.
  • Sawan
  • Sesak nafas
  • Kulit kelihatan pucat dan membiru
  • Ubun-ubun kelihatan ketara
  • Terdapat ruam berwarna ungu kemarahan. (Tanda ini biasanya gejala penyakit meningitis)
Antara punca yang dikenalpasti untuk situasi kolik pada bayi adalah :


  • Sistem gastrousus bayi anda mungkin belum lagi tidak matang. Kita mungkin tidak sedar bahawa perut bayi berangin atau sakit terutamanya selepas menyusu atau sebelum buang air besar. Jika dia berangin atau perlu sendawa dengan banyak, pastikan dia tidak menyedut udara dari botol dan selalu sendawakannya walaupun dia menyusu susu ibu. Jika keadaan ini berterusan, bawa jumpa doktor. Pakar pediatrik anda mungkin menyarankan rawatan antispasmodik seperti Dentinox atau Colimix jika didapati bayi terlalu berangin.

  • Sistem saraf pusat bayi anda masih tidak matang dan tidak stabil dan bayi anda belum bersedia untuk menghadapi stimulasi yang tidak dijangka. Bayi ini mungkin kurang menangis jika dia dibedung  atau dibuai dalam buaian. Selain itu cara lain menenangkan bayi adalah :  
  • memperdengarkan dengan bunyian (sebaiknya bacaan ayat suci Al-Quran) atau vibrasi berterusan yang menghalang stimulasi lain, seperti membawa dia berjalan dalam kereta atau meletakkannya berhampiran peralatan rumah yang berbunyi.  

  • membiarkan dia menghisap puting atau jarinya

  • mengurutnya dengan perlahan  

  • Bayi mungkin mengalami reaksi kecernaan atau alahan kepada susu yang diminumnya. Jika masih menyusukan bayi, ibu boleh cuba menukar diet untuk melihat sama ada ini akan mengurangkan tangisan bayi atau tidak. 

  • Ibu tidak digalakkan mengambil makanan pedas atau bijiran serat tinggi, kekacang, brokoli dan kubis dan kafein. Sesetengah bayi akan lebih sihat jika ibu mereka tidak mengambil sebarang produk susu dalam diet mereka. (Jika ibu mahu berbuat demikian, berbincanglah dengan doktor untuk memastikan diet anda masih mencukupi). 

    Jika bayi minum susu formula, berbincang dengan doktor anda sebelum menukarkan jenis susu yang anda gunakan. Susukan bayi apabila dia lapar kerana sesetengah bayi akan menangis dan meragam kerana kelaparan jika ibu bapa mengikuti waktu makan yang berjadual.

  • Bayi juga mungkin akan menjadi amat sensitif dan reaktif. Dia akan sukar ditenangkan kerana keperluan tidur dan makannya tidak menentu. Bayi yang sukar ditenangkan selalunya dilahirkan pra-matang beberapa minggu dan perlu menyesuaikan diri atau mungkin cuba untuk pulih dari kelahiran yang sukar.



  • Antara cara merawat bayi yang menunjukkan tanda-tanda kokik ini adalah dengan melakukan urutan seperti berikut :




    Untuk masalah kolik bayi ini, Cik Dee tak dapat lah suggest supplement untuk bayi tu kan.. cuma untuk newborn baby yang masih menyusu susu ibu, ibu digalakkan untuk mengelakkan makan makanan yang boleh menyumbang kepada angin ke dalam badan bayi. Si ibu boleh amalkan makan Garlic Complex dan Peppermint Ginger ye.

    Selain itu untuk bayi, bolehlah sapukan perut dan tapak kaki mereka dengan Herbal Blend. Walaupun ia bukanlah minyak angin atau minyak panas, tetapi ia mampu merawat keradangan dan sangat lembut untuk bayi. Malah ia sudah pastinya BEBAS PARABEN.

    Sehingga

    LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY

    Friday, August 5, 2016

    Vertigo, Penyakit Apa Itu?

    Assalamualaikum w.b.t. semua...

    Hari ini kan, Cik Dee nak cerita pasal sejenis penyakit bernama Vertigo. Pernah dengar ke uollsss?

    Cuba tengok ini...


    Agak-agak uollsss dapat agak tu VERTIGO ini macam mana? 

    Perkataan Vertigo berasal dari bahasa Latin vertō yang bermaksud "gerakan berputar". Ia adalah salah satu bentuk sakit kepala di mana pesakit mengalami persepsi gerakan yang tidak sepatutnya (biasanya gerakan berputar atau melayang) disebabkan oleh gangguan pada sistem vestibular

    Vertigo selalunya dikaitkan dengan gejala mual dan muntah serta ketidakmampuan pesakit menjaga keseimbangan badan, yang menyebabkan pesakit mengalami kesulitan berdiri atau berjalan.

    FAKTOR UMUM VERTIGO

    1. Pengambilan kafein yang berlebihan.
    2. Pengambilan alkohol dan tabiat merokok adalah agak keterlaluan
    3. Penggunaan ubat-ubatan tertentu dalam jangka masa panjang .
    4. Gaya hidup yang tidak sihat sehingga yang membawa kepada obesiti , tahap kolesterol yang tinggi, tahap gula dalam darah yang tinggi dan kurang rehat .
    5. Kekurangan cecair dalam badan dan kurang aktiviti sihat.
    6. Pelbagai penyakit vaskular


    FAKTOR KHUSUS VERTIGO

    • Gangguan dalam telinga - Telinga berfungsi untuk menyampaikan isyarat khas dari persekitaran luar ke dalam otak. Kemudian otak akan menggambarkan bunyi gambar didengar oleh telinga. Sistem ini juga membantu badan untuk mendapatkan graviti supaya badan seimbang. Walau bagaimanapun, pada pesakit dengan sistem vertigo tidak berjalan dengan betul, jadi pesakit sering berasa pening dan berpusing. Keadaan ini biasanya berlaku dalam orang yang lebih tua.

    • Jangkitan Telinga Dalam - Jangkitan pada telinga dalam juga punca vertigo penyakit yang serius. Pada jangkitan pertama berlaku hanya dalam telinga dalam, tetapi akan merebak ke organ-organ dalaman di kepala. Jangkitan ini boleh menyebabkan radang telinga dalam dan membuat kepala pening berpusing.

    • Trauma kepala - Individu  yang pernah mengalami kemalangan dan menyebabkan trauma di kepala boleh sebabkan vertigo. Kecederaan yang berlaku di bahagian kepala dan leher  yang tidak dirawat dengan betul boleh menyebabkan vertigo pada suatu waktu tertentu.

    • Penggunaan Dadah Jangka Masa Panjang - Pengambilan ubat-ubatan tertentu untuk tempoh masa yang panjang juga boleh menyebabkan kerosakan pada telinga dalam. Kerosakan ini akan menyebabkan vertigo dan gangguan keseimbangan lain. Keadaan ini biasanya akan hilang tanpa disedari jadi ia adalah sukar untuk mencari rawatan yang betul.

    • Migrain - Orang yang mengalami migrain juga lebih cenderung kepada gangguan penyakit vertigo. Migrain adalah salah satu jenis kepala penyakit atau pening yang berlaku untuk beberapa waktu, tetapi di satu bahagian kepala  sahaja. Keadaan ini perlu mendapatkan rawatan yang serius sebelum menjadi vertigo.

    • Strok - Gangguan strok di kalangan orang tua boleh menjadi pencetus vertigo. Penyakit ini akan menyebabkan gangguan saraf yang berkaitan dengan keseimbangan badan dan penyakit otak dan telinga. Tanda-tanda strok ringan boleh berlaku jika vertigo muncul dalam tempoh yang  kerap


    Rawatan Segera Serangan Vertigo


    1. Tarik nafas dalam - dalam , kemudian pejamkan mata dan segera mencari posisi yang membolehkan anda berbaring . Jika tidak boleh, maka duduklah dengan segera .

    2. Jika anda rasa mual dan ingin muntah , segeralah cari bantuan orang - orang terdekat anda untuk membantu anda ke tandas .

    3. Apabila anda berbaring , tetaplah dalam  posisi tersebut hingga serangan vertigo berkurang atau hilang .

    4. Buka mata perlahan lalu cuba mengiringkan badan atau kepala, kemudian gerakkan kepala anda dengan perlahan-lahan . Jika dengan cara ini serangan vertigo datang kembali , anda harus segera pejamkan mata , atau kembali ke posisi baring semula.

    Haaa kan dah panjang lebar Cik Dee bagi info pasal vertigo ni kan... 

    Sekarang Cik Dee nak cadangkan supplement yang boleh bantu masalah vertigo ini ye...Dah tentulah VIVIX yang terbaik...

    Kenapa? Sebab Vivix dapat menggalakkan pembentukan baru mitokondria yang sangat penting dalam pemulihan sistem saraf akibat Vertigo. Apabila mitokondria di dalam sel menurun, fungsi sel turut menurun. 

    Vivix juga dapat meningkatkan fungsi imun badan untuk melawan jangkitan virus dan bakteria, membantu pengaliran darah yang lancar untuk sistem saraf yang sihat, memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular, jantung termasuk strok.

    "mak saya vertigo, dah macam2...pergi sensei, homeopathy, hospital masih tak settle...lastly saya bagi vivx kat mak. Alhamdulillah lepas 3 botol mak dah sembuh vertigo...sekarang mak maintain vitamin biasa je, kebas2 tangan mak pun dah kurang... Alhamdulillah"

    Ada yang cuba? Calling la CIk Dee yer....

    LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY

    Thursday, August 4, 2016

    Lelaki, Usah Abaikan Ini!

    Assalamualaiku w.b.t semua....

    Apa khabar hari ini? Cik Dee harap semua sihat-sihat belaka naa...

    Hari ini Cik Dee nak share info sedikit untuk kaum Adam di luar sana. Kaum Hawa nak #ambiltahu pun boleh juga.... Manalah tahu berguna di kemudian hari....



    Pernah dengar tak Kanser Prostat ? Cik Dee tak berapa tahu sangat sebenarnya ni... hehe cuma dari google, Cik Dee nak share lah sedikit tentang penyakit ini. 

    Sebelum itu, kenal dulu prostat tu apa ye....


    Prostat ialah kelenjar bersaiz "walnut" macam gambar atas ni. Ia terletak di belakang dasar penis, di depan rektum, di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra (saluran yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar)

    Fungsi utamanya pula ialah menghasilkan cecair air mani yang akan melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani.

    Jadinya, kanser prostat terjadi apabila terdapat ketumbuhan berbahaya di kelenjar prostat dan seterusnya merebak ke tempat berhampiran jika terlalu lewat di kesan. Pada peringkat awal kanser ini biasanya tidak menunjukkan gejala serius. Namun ia akan membesar secara perlahan-lahan.


    Aliran air kencing yang tidak lancar.

    Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
    Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
    Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
    Darah dalam air kencing atau air mani.


    Wednesday, August 3, 2016

    Nak Buang Cermin Mata

    Assalamualaikum w.b.t semua...

    Apa khabar uollss? Diam tak diam dah bulan Ogos kan?
    Tapi kan yang sedihnya ada satu impian Cik Dee ni belum berhasil lagi...
    Cik Dee nak buang spek ni... Tak nak dah pakai...

    Meh Cik Dee cerita sikit naa...

    Bukan spek Cik Dee ye....gambar hiasan semata-mata...


    Cik Dee mula pakai cermin mata ini dari lepas matrikulasi kalau tak silap...
    Dari sekolah menengah patut dah pakai, sebab Cik Dee ni student SBP yang suka study last minute then curi-curi baca buku tepi koridor asrama lepas light -off... hehehehe...

    Kenapa tak pergi bilik study ? Sebabnya masa zaman kami dulu, bilik study diutamakan untuk pelajar yang ambil peperiksaan besar iaitu PMR dan SPM. Jadi yang tak ada exam besar ini sebenarnya disuruh study waktu prep (preparation class) 8-10 malam.

    Eh, cukuplah membebel... jom tengok kenapa boleh jadi rabun ni sebenanrnya ye?

    Setakat pemahaman Cik Dee, rabun terjadi apabila titik fokus mata kita telah terjejas dan tidak berada di tempat sepatutnya. Cuba lihat gambar ini :




    Mata yang paling atas adalah mata normal, bawah sebelah kiri adalah mata rabun jauh atau myopia manakala bawah sebelah kanan adalah mata rabun dekat atau hyperopia.

    Haa... itulah kisahnya... Macam mana terjadi? 

    Rabun jauh biasanya dikaitkan dengan apabila mata selalu digunakan untuk melihat objek secara dekat. Oleh sebab itu, titik fokus menjadi di hadapan menyebabkan apabila mata melihat objek jauh, kelihatan kabur. Ini kerana otot-otot yang memegang kanta semulajadi mata kita telah terbiasa memfokuskan penglihatan kita kepada titik fokus yang pendek.

    Begitulah juga sebaliknya untuk rabun dekat. Tetapi masalah rabun dekat ini biasanya terjadi kepada golongan yang berumur yang semasa mudanya tiada masalah rabun. Jarang Cik Dee dengar golongan muda menghidap rabun dekat ini.

    Semua orang pun tahu kan, masalah rabun ini cuma boleh diperbetulkan dengan menggunakan cermin mata. Tetapi.... oleh sebab keinginan Cik Dee nak bebas dari cermin mata ini, Cik Dee pun duk google sana sini... jumpalah ikhtiar untuk rabun ini dengan pemakanan. 

    Bukan apa, Cik Dee beria mencari solusi rabu ini... Sebabnya, apa yang Cik Dee rasa, semakin lama bergantung dengan cermin mata, semakin tinggi power rabun mata Cik Dee ini dan semakin tinggi juga lah harga cermin mata yang perlu dibeli. Betul tak?



    Maka inilah antara info yang Cik Dee jumpa dan menarik hati... hihihii... tapi nak makan semua tu memang tak laratlah nak oiii.... Maka google punya google, jumpa lah ini :



    Kenapa CarotoMax ini jadi pilihan hati Cik Dee? Ini sebabnya ye....

    Kandungan 1 sajian CarotoMax


    Cik Dee congak-congak, cukuplah dengan 10 jenis makanan yang dicadangkan untuk masalah rabun ini. Hehehe...

    Uollsss tak nak TRY ini? Tak best tau pakai cermin mata sokmo...huhuuu.

    Nak cuba cepat-cepat contact Cik Dee ye. WhatsApp jerr.... 0194060504

    p/s : Testimoni lain kali Cik Dee tepek naa..... jangan marah.... daaaa

    LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY