Salam Jumaat yang penuh barakah ye... Semoga hari ini adalah hari yang lebih baik dari semalam ye...
Hari Jumaat ini teringat kat arwah datuk Cik Dee yang dah lama meninggal dunia... Alfatihah....
Allahyarham meninggal kerana asbab strok ini lah.. tapi seingat Cik Dee ketika itu beliau cuma kena strok sebelah bahagian badan sahaja. Ketika itu umur Cik Dee baru mencecah 8 tahun. Nak masuk wad ICU tu pun tak boleh tapi dapat smuggle sebab Cik Dee ni cucu kesayangan... hehehe... Dalam ramai-ramai cucu, Cik Dee lah satu-satunya yang dapat melawat Allahyarham di saat-saat hampir ajalnya.
Apa itu strok?
STROK adalah serangan yang berlaku pada otak yang terjadi secara mendadak akibat tersumbat atau pecahnya pembuluh darah otak. Sebelum Cik Dee ada bagi penerangan ini di sini.
Otak adalah pusat saraf tubuh badan kita yang mengawal setiap apa yang kita lakukan dan fikirkan, selain mengawal fungsi-fungsi automatik tubuh badan kita seperti pernafasan. Untuk berfungsi dengan baik, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksige dan nutrien penting.
Apabila saluran darah dalam otak pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien, menyebabkan bahagian otak tersebut mula mati. Pesakit akan mengalami strok dengan pantas, dengan senyap.
Aduh... takutnya... sebab kita tak nampak apa yang berlaku di dalam banda kita kan? Jadi sebelum terjadinya yang tidak diingini tu, marilah kita baiki sistem badan kita dengan cara hidup dan pemakanan yang sihat.
Bagaimana nak kurangkan risiko strok ni ye?
- Periksa tekanan darah secara rutin - Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah mengalami tekanan yang berlebihan. Walaupun badan anda tidak menunjukkan sebarang gejala, periksalah tekanan darah anda secara teratur.
- Awasi penyakit jantung dan tahap kolestrol - Berjaga-jaga jika mempunyai masalah gangguan pada jantung ataupun masalah kolestrol tinggi. DUA penyakit ini merupakan penyumbang terbesar kepada masalah strok.
- Hindari atau hentikan tabiat merokok - Merokok akan menyebabkan masalah atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan akan membuat darah menjadi mudah menggumpal.
- Kurangkan pengambilan alcohol ataupun TERUS BERHENTI - Minuman beralkohol dapat menaikkan tekanan darah secara mendadak
- Atasi dan kendalikan stress sebaik mungkin - Stres dan depresi akan menggangu keseimbangan tubuh badan.
- Pantau berat badan dan Body Mass Index (BMI) - Memiliki badan yang gemuk atau obes, meningkatkan risiko mengalami tekanan darah tinggi. Malah menyumbangkan kepada risiko sakit jantung dan diabetes.
- Banyak bersenam - Selain membantu menurunkan berat badan, aktiviti ini menjadikan jantung lebih sihat dan perjalanan darah lebih lancar
- Ambil tahu tentang strok - Ketahui segala yang berkaitan dengan strok seperti, tanda/gejala awal, apa punca dan cara rawatan awal.
- Prihatin dengan kandungan ubat-ubatan atau supplemen yang dijual dipasaran - Contoh terkini adalah pil kecantikkan untuk menjadikan kulit putih dengan cepat. Pil ini mengandungi bahan yang boleh menyebabkan penggumpalan sel darah merah.
- Makanlah secara sihat dan kurangkan pengambilan garam - Amalkan makan gaya sihat dengan perbanyakkan makan buah-buahan serta sayuran. Kurangkan makan daging merah kerana daging merah mengandungi lemak tepu yang tinggi yang boleh menyebabkan pembuluh darah mengeras, manakala garam akan menyebabkan tekanan darah meningkat
Bercakap tentang makanan sihat ini, zaman serba mengejar masa ni kan...tentunya susah nak dapat makanan segar yang betul-betul berkhasiat.
No comments:
Post a Comment