Friday, July 29, 2016

Apa itu Hyperaktif /ADHD?

Asslamualaikum w.b.t semua...

Apa khabar uollss... ada yang masih beraya?  Hari ini Cik Dee terpanggil nak bercerita tentang sesuatu penyakit (tak tahulah bagi Cik Dee bukan penyakit...jadi apa ye? huhuhu) yang dinamakan sebagai hiperaktif ata ADHD.


ADHD adalah singkatan bagi Attention Deficit Hyperactive Disorder, iaitu istilah perubatan bagi mengklasifikasikan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah dari segi tingkah laku dan kognitif dalam perkara penting kehidupan mereka.

Satu kajian ke atas kanak-kanak di Malaysia berumur di antara 5-15 tahin menunjukkan 4.3% dari mereka menunjukkan ciri-ciri ADHD dan kebanyakkannya adalah kanak-kanak lelaki.

Tiada punca utama ditemui walaupun faktor genetik dan keseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

Thursday, July 28, 2016

Bisa Buasir!

Assalamualaikum w.b.t  semua...

Hari ini kan...isunya agak censored sedikit ye...  BUASIR 😨



Aduhai... mesti ngeri kan kena buasir ni?! Tak dapat Cik Der bayangkan lah... Nak duduk tak boleh, nak berdiri tak selesa... semua serba tak kena kan? Huhuhuu... mintalah dijauhkan..😂

Jom belajar sikit pasal buasir atau hemorrhoid ni...



Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Ia dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.  Buasir dalaman adalah apabila buasir bermula dari dalam saluran dubur. Sementara buasir luaran pula berasal dari kawasan sekeliling lubang dubur.


Wednesday, July 27, 2016

Eiiii...Gusi Berdarah!

Assalamualaikum w.b.t semua..

Apa khabar semua? Dah agak lama juga Cik Dee tak menulis. 

Bukan apa, tak berkesempatan akibat dari kesibukan kerja hakiki Cik Dee. 

Ok lah, hari ini Cik Dee nak cerita tentang ini 



Aduuuhhh...tengok gambar ni je, dah terasa ngilu kan? 
Apatah lagi kalau mengalaminya...

Jom Cik Dee kongsikan sikit info tentang gusi bengkak dan berdarah ini.

Penyakit periodontal atau lebih dikenali sebagai penyakit gusi sering dialami pada semua peringkat umur. Kebiasaannya ramai yang tidak mengetahui masalah penyakit itu sebelum mendapatkan rawatan. Ini menyebabkan ramai yang kehilangan gigi walaupun mereka masih muda. 

Sisa makanan yang lembut akan berkumpul dan melekat di celahan permukaan gigi. Sisa makanan atau plak yang terbiar tanpa dibersihkan akan menjadi keras dan dipanggil kalkulus.  Air liur yang mengandungi kalsium akan menyebabkan plak menjadi keras.

Bakteria pada plak menghasilkan toksin yang merengsakan tisu gusi yang menyebabkan gusi menjadi kemerahan, keradangan dan berdarah. Jika tidak dikawal, penyakit gusi boleh merebak ke gentian sokongan dan tulang yang menyokong gigi dan akhirnya menyebabkan gigi menjadi longgar.

Umumnya, terdapat dua jenis penyakit gusi:

Gingivitis: keradangan HANYA pada gusi.
Periodontitis: keradangan pada gusi dan juga struktur periodontium yang lain.

GINGIVITIS

Penyakit gusi peringkat awal (gingivitis) terjadi akibat pengumpulan plak di kawasan gigi dan gusi. Plak terdiri daripada berjuta-juta bakteria yang menyebabkan radang pada gusi.

Gejala Awal Gingivitis


  • Gusi nampak merah menyala.
  • Gusi terasa bengkak dan sakit.
  • Gusi mudah berdarah.
  • Rasa tidak sedap seperti masin, pahit atau payau di dalam mulut.
  • Mulut berbau.

PERIODONTITIS

Gingivitis yang tidak dirawat selalunya akan perlahan-lahan berubah kepada periodontitis. Periodontitis boleh melibatkan ligamen periodontal dan juga tulang alveolar, iaitu struktur yang menyokong gigi anda. 

Dalam periodontitis peringkat kronik, ligamen periodontal dan tulang alveolar boleh musnah dengan banyak, lalu gigi akan kehilangan struktur yang menyokongnya. Apa akan jadi jika tiang penyokong rumah runtuh? Rumah pun akan turut sama runtuh.

Gejala-gelaja periodontitis:


  • Mulut berbau.
  • Penyusutan gusi berlaku, jadi gigi tampak lebih panjang.
  • Gigi terasa sensitif terhadap minuman sejuk.
  • Gigi terasa longgar.
  • Gigi bergerak, lalu susunan gigi agak senget berbanding sebelumnya.
  • Gusi bengkak dan bernanah.
  • Sakit berdenyut-denyut pada gusi.

Terdapat juga beberapa faktor sistemik yang dikaitkan dengan penyakit periodontitis yang kronik. Faktor sistemik selalunya hanya penyebab kepada penyakit gusi yang sedia ada bertambah buruk, bukan punca utama penyakit gusi bermula. 

Punca utama penyakit gusi mula-mula terjadi masih disebabkan oleh penimbunan plak serta bakteria akibat tabiat penjagaan kebersihan mulut yang tidak teratur.

Faktor sistemik yang dimaksudkan:


  1. Merokok
  2. Kencing manis.
  3. Darah tinggi.
  4. Mengandung
  5. Diet tinggi kandungan gula.
  6. Tekanan perasaan.
  7. Sistem pertahanan badan yang lemah.
Kebanyakan gejala-gejala periodontitis seperti penyusutan gusi dan kelonggaran gigi adalah bersifat kekal dan secara umumnya tidak boleh dikembalikan ke tahap normal sebelum jangkitan bermula. 

Secara umumnya, rawatan untuk penyakit gusi adalah scaling dan curettage. Doktor juga mungkin akan membekalkan dengan ubat untuk dikumur atau ditelan, bergantung kepada tahap penyakit gusi.Namun begitu, rawatan paling baik adalah memperbetulkan cara penjagaan gigi supaya plak tidak bertimbun pada gigi dan menyebabkan radang gusi bermula.



Haa panjang lebar dah Cik De cerita tentang penyakit gusi ni naaakkk....hihihhi..

Mai Cik Dee share solusinya pula ye... tak lain tak bukan dengan makan vitamin la.. 😁

Untuk masalah gusi bengkak ni, Cik Dee suka nak cadangkan set ini :






Friday, July 22, 2016

Strok Pembunuh Senyap & Pantas

Assalamualaikum w.b.t semua...

Salam Jumaat yang penuh barakah ye... Semoga hari ini adalah hari yang lebih baik dari semalam ye...

Hari Jumaat ini teringat kat arwah datuk Cik Dee yang dah lama meninggal dunia... Alfatihah.... 

Allahyarham meninggal kerana asbab strok ini lah.. tapi seingat Cik Dee ketika itu beliau cuma kena strok sebelah bahagian badan sahaja. Ketika itu umur Cik Dee baru mencecah 8 tahun. Nak masuk wad ICU tu pun tak boleh tapi dapat smuggle sebab Cik Dee ni cucu kesayangan... hehehe... Dalam ramai-ramai cucu, Cik Dee lah satu-satunya yang dapat melawat Allahyarham di saat-saat hampir ajalnya. 



Apa itu strok?

STROK adalah serangan yang berlaku pada otak yang terjadi secara mendadak akibat tersumbat atau pecahnya pembuluh darah otak. Sebelum Cik Dee ada bagi penerangan ini di sini.

Otak adalah pusat saraf tubuh badan kita yang mengawal setiap apa yang kita lakukan dan fikirkan, selain mengawal fungsi-fungsi automatik tubuh badan kita seperti pernafasan. Untuk berfungsi dengan baik, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksige dan nutrien penting. 


Apabila saluran darah dalam otak pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien, menyebabkan bahagian otak tersebut mula mati. Pesakit akan mengalami strok dengan pantas, dengan senyap. 

Aduh... takutnya... sebab kita tak nampak apa yang berlaku di dalam banda kita kan? Jadi sebelum terjadinya yang tidak diingini tu, marilah kita baiki sistem badan kita dengan  cara hidup dan pemakanan yang sihat. 

Bagaimana nak kurangkan risiko strok ni ye?

  • Periksa tekanan darah secara rutinTekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah mengalami tekanan yang berlebihan. Walaupun badan anda tidak menunjukkan sebarang gejala, periksalah tekanan darah anda secara teratur.
  • Awasi penyakit jantung dan tahap kolestrol - Berjaga-jaga jika mempunyai masalah gangguan pada jantung ataupun masalah kolestrol tinggi. DUA penyakit ini merupakan penyumbang terbesar kepada masalah strok.
  • Hindari atau hentikan tabiat merokok Merokok akan menyebabkan masalah atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan akan membuat darah menjadi mudah menggumpal.
  • Kurangkan pengambilan alcohol ataupun TERUS BERHENTI Minuman beralkohol dapat menaikkan tekanan darah secara mendadak
  • Atasi dan kendalikan stress sebaik mungkin - Stres dan depresi akan menggangu keseimbangan tubuh badan.
  • Pantau berat badan dan Body Mass Index (BMI) - Memiliki badan yang gemuk atau obes, meningkatkan risiko mengalami tekanan darah tinggi. Malah menyumbangkan kepada risiko sakit jantung dan diabetes.
  • Banyak bersenam - Selain membantu menurunkan berat badan, aktiviti ini menjadikan jantung lebih sihat dan perjalanan darah lebih lancar
  • Ambil tahu tentang strok - Ketahui segala yang berkaitan dengan strok seperti, tanda/gejala awal, apa punca dan cara rawatan awal. 
  • Prihatin dengan kandungan ubat-ubatan atau supplemen yang dijual dipasaran - Contoh terkini adalah pil kecantikkan untuk menjadikan kulit putih dengan cepat. Pil ini mengandungi bahan yang boleh menyebabkan penggumpalan sel darah merah. 
  • Makanlah secara sihat dan kurangkan pengambilan garam - Amalkan makan gaya sihat dengan perbanyakkan makan buah-buahan serta sayuran. Kurangkan makan daging merah kerana daging merah mengandungi lemak tepu yang tinggi yang boleh menyebabkan pembuluh darah mengeras, manakala garam akan menyebabkan tekanan darah meningkat


Bercakap tentang makanan sihat ini, zaman serba mengejar masa ni kan...tentunya susah nak dapat makanan segar yang betul-betul berkhasiat. 





Thursday, July 21, 2016

Tak Nak Botak!!!

Assalamualaikum w.b.t uollsss

Hehehe tengok tajuk pun dah seram kan? Ada ke orang yang nak botak? Hihihi

Perempuan terutamanya mesti tak nak botak, tapi masalah inilah yang selalu jadi igauan ngeri bagi wanita terutamanya yang mak-mak budak ni kan? 😂


Jom kita survey dulu apa punca rambut gugur ini. Kalau ikut yang Cik Dee google banyak-banyak kan.... Ini yang Cik Dee boleh ringkaskan.
  • Faktor hormon
  • Faktor genetik
  • Kekurangan nutrisi
  • Cara pengurusan rambut
  • Penggunaan syampu yang mengandungi banyak bahan kimia
  • Gaya pemakanan
  • Kesan daripada tekanan fizikal dan kesan rawatan perubatan tertentu seperti chemoteraphy.
  • Menoupause / putus haid

Haa... kalau nak hurai semua memang tak habis lah... Cik Dee pilih 3 je ye. tapi Cik Dee sambung nanti yer... hehehehe
.
.
.
.
.
.

Tapi kan Cik Dee bagitahu dulu apa yang Cik Dee boleh bantu uollsss untuk nak kurangkan rambut gugur ni ye... Nasihat CIk Dee adalah :
  1. Cukupkan nutrisi badan 
  2. Guna produk penjagaan rambut yang bebas kimia
Sekejap lagi Cik Dee update produk Shaklee yang boleh bantu yer.... 








Wednesday, July 20, 2016

Rawat Apendiks Segera!

Assalamualaikum w.b.t semua.....

Apa khabar uollss...?

Kali ini Cik Dee nak bercerita sedikit pasal apendiks... Teringat masa Cik Dee sekolah asrama penuh dulu, ada seorang kawan Cik Dee ni kan tetiba muntah-muntah lepas balik dari makan malam di Dewan Makan. jadual kami makan selalunya bermula 6.00 petang... 

Lebih kurang 6.45 petang tu kami dah siap makan dan masuklah semula ke kawasan asrama untuk bersiap ke surau pula. Masa kami nak ke kolah (tempat kami basuh baju ramai-ramai) untuk ambil wudhu' sebelum naik ke surau di tingkat 1, tiba-tiba kawan Cik Dee ini muntah-muntah kat tepi longkang.

Habis senua yang dia makan keluar balik. Teruk sangat dia muntah sampai dia pengsan dan dikejarkan ke hospital petang itu juga. Kecut perut juga la Cik Dee masa tu... Kami semua bingung kenapa kawan tu boleh muntah-muntah sampai macam tu...Nak kata keracunan makanan, kami yang lain elok je. Tapi kalau tak silap Cik Dee memang dia ada demam pagi tu. 

Jadi, kami fikir mungkin demam dia semakin teruk tu yang sampai muntah-muntah tu. Keesokan harinya, kami dengar dari warden yang kawan kami tu terpaksa ditahan di hospital sebab perlu dibedah. Kami pun terkejut sangat, dah kenapa pula?

Rupanya kawan Cik Dee kena apendiks kata warden. Kena buang apendiks tu sebab dah rosak. Barulah Cik Dee tahu kewujudan sakit apendiks tu.



Jom Cik Dee cerita fakta tentang sakit apendiks atau dikenali sebagai Appendicitis bahasa perubatannya.


Friday, July 15, 2016

Bila Cacar Air Menyerang

Assaalamualaikum w.b.t

Hai uollss semua...

Masih beraya ke uollss? Hari ini kan.... Ummi nak cerita sedikit pasal chicken pox ataupun CACAR AIR bahasa melayu nya..


Alala... kesiannya baby secomel ini kena chicken pox dah... Jom kita kenal sedikit tentang penyakit ini.


Cacar air adalah penyakit kalsik zaman kanak-kanak yang disebabkan oleh virus varicella atau varicella zoster virus. Ia amat mudah berjangkit dan kebanyakan kanak-kanak akan mengalaminya bila-bila masa dalam tempoh tumbesaran mereka.



Haa... janga terkejut ada gambar orang dewasa juga dengan virus penyebab cacar air ini. Ini maksudnya, bukan kanak-kanak sahaja berpotensi terkena jangkitan. Malah di kalangan dewasa juga boleh terkena jangkitan cacar air ini ye... terutamanya mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang agak lemah.



Beginilah rupanya jika terkena chicken pox ini.... Biasanya pesakit yang terkena jangkitan chicken pox ini, akan mengalami demam dan sakit perut di awal tempoh jangkitan. kemudian, bintik-bintik merah akan timbul di seluruh badan dan mempunyai cecair di dalamnya.

Tanda-tanda dijangkiti cacar air :


  • Mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam cacar air akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.
  • Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. 
  • Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut. 
  • Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair 2 hari sebelum bintik-bintik merah timbul. 
Yang paling seksanya bila yang berair ini pecah laa... aduhai bisanya...

Thursday, July 14, 2016

Risau Kulit Kusam?

Assalamualaikum w.b.t. semua...

Apa khabar uollss semua ni.... hari ini Ummi nak tanya soalan cepumas. 

Cantik ke kulit macam ini? Ada sesiapa ke antara uollss nak kulit macam ini?

😂😂😂




Mesti risau, malu, hilang keyakinan diri dengan kulit sebegini kan? Runsing selalu kan kalau kulit kering, kusam, tak bermaya macam ini... Jom la baca terus... Ummi nak share sesuatu tentang masalah kulit ini...


Kulit kering, kusam dan tak bermaya adalah disebabkan kekurangan air untuk menampung lembapan kulit kita. Biasanya, golongan yang mudah mengalami kulit kusam ini adalah mereka yang :


  • Selalu terkena cahaya matahari 
  • Selalu terdedah dengan penyaman udara
  • Merokok
  • Mengambil alkohol
  • Menagmalkan diet yang tidak sihat dan seimbang
  • Kerap menaiki pesawat ; udara dalam kabin agak kering
  • Kurang minum air masak
  • Menggunakan produk bedak asas atau foundation dengan kerap
Kulit kering dan kusam ini akan menampakkan wajah kita lebih berusia dari umur sebenar kita. 

Eeeuuuwww.... siapa nak umur sebenar 20 dikatanya 40 kan? huhuhu... Uoolss pun sure tak nak kan? 

Ok, sebenarnya kenajalan kulit kita ini berkaitan rapat dengan sistem peredaran darah kita. Apabila sistem peredaran darah kita baik, segala nutrien termasuk air akan diagihkan dengan mudah keseluruh badan kita. Dan tentu uollss tahu kulit adalah organ terbesar pada badan manusia kan? Jadinya banyak nutrisi yang diperlukan oleh kulit untuk kelihatan sihat di luar.

Haa... ni Ummi nak bagi cara paling senang sangat nak nampak muda remaja. Minum sehari sesudu sahaja!!! Nak tahu apa dia?

Dah tentu la Vivix yang awesome ini... Ragu-ragu dengan offer Ummi? Uollsss nilaikan sendiri lah...




Macam mana? Nak cuba, mai la contact Ummi...

Wednesday, July 13, 2016

Seksanya Resdung!

Assalamualaikum w.b.t. semua....

Lama betul Ummi bercuti Raya. Tetapi tidaklah bermakna Ummi beraya sakan... hehehe... 

Raya ni kan... mesti ramai yang redah je makan kan? Ahaa... jaga-jaga ye tentang makanan ni... bahaya tau kalau tak beringat..

Lebih-lebih lagi yang ada penyakit tu. Hari ini Ummi nak cerita pasal RESDUNG atau nama saintifiknya sinusitis.


RESDUNG ialah sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. 

Sinus ialah rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diseliputi mukosa (kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus). Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil dinamakan ‘ostium’ ke dalam rongga hidung. Apabila ‘ostium’ tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada terjadinya resdung.



Simptom sinusitis


  • Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
  • Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
  • Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
  • Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
  • Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
  • Pening kepala.
  • Hidung tersumbat.
  • Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
  • Demam atau rasa tidak sedap badan.
  • Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
  • Kurang deria rasa atau bau.
  • Kelesuan.
Kita dah tahu serba sedikit tentang resdung, jadi jom Ummi kongsikan apa yang boleh membantu mengurangkan serangan resdung ini ye.

Antara supplemen yang paling penting untuk mengelakkan dari selesema yang akan mengundang serangan resdung ini ialah :

  • Sustained Release Vita-C
  • Alfalfa Complex
  • B-Complex
  • Nutriferon

Sekejap lagi nanti Ummi tambah fungsinya ye...

LIVE LIFE HEALTHY & HAPPY